CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2627|Reply: 1

[Sabah] Bomba guna buih padam kebakaran di tapak pelupusan sampah Kayu Madang

[Copy link]
Post time 27-3-2024 08:39 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Pasukan bomba menggunakan jentera khas HPPM bagi memadam kebakaran tayar terpakai di kawasan tapak pelupusan sampah Kayu Madang Telipok.

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah masih bertungkus lumus memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini yang memasuki hari keempat.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, kaedah buih (foam) terpaksa digunakan untuk memadam kebakaran membabitkan sisa pembuangan tayar terpakai di kawasan tapak pelupusan sampah berkenaan.

Katanya, pemadaman kaedah buih ini biasanya digunakan untuk memadamkan kebakaran jenis minyak (cecair) dan selalunya digunakan oleh Bomba Jabatan Penerbangan.

“Sistem pemadaman ini sama seperti sistem banjir yang menggabungkan kedua-dua air dan agen berbuih untuk pemadaman api berskala besar.

“Kita menggunakan sistem ini berikutan faktor lokasi kebakaran berskala besar dan luas serta kaedah ini mampu memadam kebakaran dalam masa yang singkat melalui keberkesanan sistem pemadaman yang luar biasa,” katanya ketika dihubungi di sini.

Bercakap lanjut berkenaan operasi hari keempat itu, beliau berkata ia disertai 59 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Kota Kinabalu, Lintas, Penampang dan Ibu Pejabat JBPM Sabah.

Katanya, operasi turut dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

"Operasi pemadaman yang dijalankan sejak Selasa menggunakan peralatan Fix Monitor Fire Fighting bersama jentera High Performance Pump Module (HPPM) dengan mengambil sumber air terbuka dan pemadaman menggunakan foam.

"Pemadaman kebakaran dibahagikan kepada empat sektor iaitu sektor A, B, C dan D," katanya.

Menurutnya, bagi sektor A, sebanyak 90 peratus kebakaran berjaya dipadamkan manakala sektor B masih terbakar 100 peratus.

"Bagi sektor C, sebanyak 50 peratus sudah dipadamkan dan sektor D pula berjaya dipadamkan sebanyak 70 peratus.

"Kebakaran membabitkan sisa pembuangan tayar terpakai di tapak pelupusan sampah berkeluasan 45,700 meter persegi dan baki luas kebakaran adalah 25,000 meter persegi," katanya.

Katanya sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-3-2024 12:31 AM | Show all posts
  

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.388451 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list