CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2068|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan negeri diminta bantu SESB tangani masalah elektrik

[Copy link]
Post time 27-3-2024 08:29 PM | Show all posts |Read mode


AHMAD

TAWAU: Kerajaan negeri diharap dapat mengambil tindakan drastik dalam membantu Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menangani masalah bekalan elektrik di negeri ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Ahmad Dullah berkata, masalah bekalan elektrik di negeri ini bukanlah isu baharu, tetapi ia sudah berlarutan sekian lama.

Katanya, masalah ini dilihat sudah semakin meruncing kerana hampir setiap hari catuan dan gangguan bekalan elektrik berlaku di seluruh negeri.

“Saya difahamkan ia berlaku kerana pihak SESB terpaksa membuat ‘load shedding’ disebabkan permintaan atau ‘demand’ yang terlalu tinggi daripada pengguna.

“Menerusi laman web rasmi SESB menyatakan banyak ‘power generator’ yang ‘outage’ berikutan permintaan bekalan agak tinggi dan cuaca panas ketika ini,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kalabakan berkata, isu berkenaan menjadi beban kepada rakyat, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini umat Islam menjalankan ibadat solat Tarawih di masjid.

Selain itu, katanya, sekiranya masalah ini terus berlaku, banyak sektor ekonomi turut terbeban kerana aktiviti perniagaan mereka tidak dapat dijalankan dengan baik.

“Justeru, kita mahu kerajaan negeri memberikan solusi berkenaan isu ini dan menjelaskan perkembangan projek baikpulih tenaga elektrik di Sabah,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad turut mengharapkan supaya kerajaan Sarawak bersetuju untuk mempercepatkan sambungan bekalan elektrik ke Sabah.

“Kerajaan negeri perlu mengambil pendekatan yang lebih bijak untuk berunding dengan Sarawak demi kebajikan semua rakyat di Sabah,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.137805 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list