CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2031|Reply: 0

[Sabah] Warga emas parah, kereta dihempap pokok

[Copy link]
Post time 27-3-2024 08:28 PM | Show all posts |Read mode


HEMPAP: Keadaan kenderaan mangsa selepas dihempap pokok berhampiran Legasi Laya-Laya, di sini.

TUARAN: Seorang wanita warga emas parah selepas tersepit di dalam kereta yang dihempap pokok tumbang berhampiran Legasi Laya-Laya, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Penolong Penguasa Bomba, Mohammad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5 petang.

Katanya, sepasukan bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Masalang Sintakan, tiba di lokasi bersama empat anggota untuk operasi menyelamat.

"Sebaik tiba di lokasi, sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta jenis sedan.

"Terdapat seorang mangsa wanita berumur 62 tahun tersepit dalam kereta dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Tuaran untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 5.50 petang," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.053676 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list