CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5403|Reply: 0

[Perlis] Kontraktor tak mengaku salah kemuka dokumen palsu dapatkan kontrak kerajaan RM43,909

[Copy link]
Post time 27-3-2024 04:54 PM | Show all posts |Read mode

KANGAR: Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan kontrak kerja penyelenggaraan dengan kerajaan bernilai RM43,909 empat tahun lepas.

Mohamad Basir Shariff, 62, yang merupakan pengurus syarikat Perfect Solution Enterprise dituduh menggunakan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan serta Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputera palsu untuk mendapatkan kerja undi bagi kerja penyelenggaraan jalan di Kampung Guar Nangka, Chuping bernilai RM24,964.65.

Selain itu, Mohamad Basir yang juga pengurus Perfect Income Trading dituduh menggunakan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dan Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera palsu atas nama syarikat bagi mendapatkan kerja penyelenggaraan dewan dan stor Kampung Kuala Sungai Padang, Sanglang serta kerja lain berkaitan berjumlah RM18,945.05.

Semua kesalahan terbabit didakwa dilakukan di Bahagian Pentadbiran Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan di sini pada 22 Jun 2020.


Bagi semua kesalahan itu, Mohamad Basir didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Hakim Norsalha Hamzah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin, selain perlu melaporkan diri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdekatan setiap bulan.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Perlis Salizawaty Abd Samad, manakala tertuduh diwakili Peguam Zamri Ibrahim.

Mahkamah menetapkan 30 April untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen berkaitan.

https://www.bharian.com.my/berit ... su-dapatkan-kontrak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.056769 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list