CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5255|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Bekas pegawai bank didakwa tipu jongkong emas pelanggan lebih RM6 juta

[Copy link]
Post time 27-3-2024 04:48 PM | Show all posts |Read mode

Bekas Pengurus Perhubungan Pelanggan sebuah bank antarabangsa, Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas 80 pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna harta, pemalsuan dokumen dan menipu kakitangan membabitkan 155 jongkong emas milik pelanggan berjumlah lebih RM6 juta. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Seorang bekas Pengurus Perhubungan Pelanggan sebuah bank antarabangsa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas 80 pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna harta, pemalsuan dokumen dan penipuan membabitkan 155 jongkong emas milik pelanggan berjumlah lebih RM6 juta antara 2020 hingga 2021.

Tertuduh, Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut 26 pertuduhan menipu, lelaki yang masih bujang itu didakwa menipu beberapa pegawai bank berkenaan dengan memperdayakan untuk mempercayai beberapa pelanggan mahu mengeluarkan dan membeli 155 jongkong emas pelbagai berat menggunakan satu borang Gold Safe Keeping Service Withdrawal yang didakwa ditandatangani pelanggan.

Semua kesalahan itu dilakukan di sebuah bank cawangan Bangsar antara 2 petang hingga 4.30 petang pada 14 Julai 2020 hingga 27 Ogos 2021.


Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda.

Bagi 46 pertuduhan pemalsuan dokumen, tertuduh didakwa menggunakan dokumen tulen di bank sama antara 9 pagi hingga 4 petang antara 15 Oktober 2019 hingga 13 Januari 2021.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Lelaki itu turut berdepan tujuh pertuduhan menyalahgunakan harta iaitu 33 jongkong emas seberat antara 0.05 hingga satu kilogram kepunyaan tiga wanita yang juga pelanggan bank itu.

Kesalahan didakwa dilakukan di bank sama antara 12 Ogos hingga 24 Ogos 2021 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi satu pertuduhan pecah amanah, dia didakwa menyalah gunakan harta iaitu dua jongkong emas dengan setiap satu seberat 0.5 kilogram, kepunyaan seorang wanita bergelar Datin berusia 75 tahun.

Dia boleh dihukum mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan sebatan, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Zainal menawarkan jaminan sebanyak RM300,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin selain syarat tambahan pasport diserahkan ke mahkamah dan lapor diri di balai setiap bulan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta jaminan dikurangkan atas alasan berdepan satu lagi pertuduhan di mahkamah berbeza dan masih dalam reman serta dalam proses dikenakan tindakan perundangan oleh bank berkenaan.

"Pasport saya setakat ini sudah ditahan dan tidak boleh ke mana-mana, mohon jaminan dikurangkan dan mahkamah memberi ruang kepada saya untuk berbincang dengan keluarga untuk lantikan peguam," katanya.

Azrul kemudian mengarahkan tertuduh diikat jamin RM465,000 bagi keseluruhan kes dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport perlu diserahkan ke mahkamah dan menetapkan 26 April ini untuk sebutan semula kes.

Pada Julai tahun lalu, media melaporkan Mohd Saibulrijal dibebaskan daripada lima kes memalsukan dokumen dan menipu dalam transaksi jongkong emas, namun dia dituduh semula atas 47 pertuduhan menipu membabitkan kerugian sebanyak RM3.1 juta, antara Mac dan Jun 2021.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ggan-lebih-rm6-juta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.507456 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list