CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2547|Reply: 0

[Kedah] Pekasam puyu, lampam paling laris

[Copy link]
Post time 27-3-2024 10:35 AM | Show all posts |Read mode

Norfishah membungkus pembelian pelanggan di gerai ikan pekasam di Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar baru-baru ini.

ALOR SETAR – Setiap kali tiba bulan Ramadan, Kompleks Pekan Rabu, di sini menjadi tumpuan orang ramai yang mahu mendapatkan ikan pekasam sebagai juadah bersahur.

Pelbagai jenis ikan pekasam seperti lampam, puyu, kembung, sepat, haruan, gelama, tilapia, belanak termasuk daging dan telur ikan menjadi pilihan pengunjung yang datang bukan sahaja dari Kedah tetapi seluruh negara.

Menurut seorang penjual dan pengusaha ikan pekasam, Norfishah Abu Bakar, 56, dia mampu menjual sehingga 300 kilogram (kg) ikan pekasam itu sepanjang Ramadan sebelum ini.

“Permintaan untuk ikan pekasam memang tinggi pada bulan puasa ini dan juga Syawal apabila orang yang balik beraya di kampung datang ke sini.

“Pekasam yang paling laris ialah lampam dan puyu. Ikan pekasam ini saya ambil daripada pengusaha dari seluruh Kedah dan Perlis, sementara da­ging serta telur ikan kami proses sendiri,” katanya ketika ditemui di kedainya di Kompleks Pekan Rabu baru-baru ini.

Norfishah yang sudah lebih 20 tahun berniaga ikan pekasam berkata, pelanggannya bukan sahaja dari Kedah tetapi juga dari negeri lain sehingga ke selatan tanah air.

“Ada yang datang dari Johor untuk beli ikan pekasam, ba­nyak juga yang borong untuk dijual semula,” ujarnya.

Seorang lagi peniaga, Fatin Nadia Azizan, 33, berkata, ikan pekasam itu dijual pada harga RM10 sebekas atau mengikut permintaan pelanggan.

“Banyak juga yang datang beli untuk kawan-kawan di tempat lain. Kami akan bungkus dengan rapi bekas ini supaya senang untuk mereka pos,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ampam-paling-laris/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.053134 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list