CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2529|Reply: 0

[Pulau Pinang] Syukur dapat rumah lebih selesa untuk sambut Aidilfitri

[Copy link]
Post time 27-3-2024 10:33 AM | Show all posts |Read mode

HAMID (tengah) menyerahkan replika kunci rumah kepada Saa'din sebagai simbolik penyerahan rumah Skim Inapan Kasih Zakat Pulau Pinang. FOTO Nur Izzati Mohamad

Bukit Mertajam: Tukang cuci bagaikan tidak percaya apabila dia kini dapat mendiami rumah lebih selesa bersama isteri serta tujuh anaknya apatah lagi ketika menjelang Aidilfitri bulan depan.

Saa'din Hashim, 57, sebelum ini menumpang berteduh di rumah mentuanya yang menyebabkan keadaan kurang selesa memandangkan ahli keluarganya terlalu ramai.

Oleh itu katanya, dia mengimpikan untuk mempunyai kediaman sendiri dan dapat memberikan kehidupan lebih baik sebagai ketua keluarga.

"Memikirkan hal itu saya membuat permohonan kepada pihak Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan berterima kasih apabila mereka bersetuju membantu saya membina rumah.
]

"Syukur, rumah ini telah siap dibina pada hujung tahun lalu dan semestinya ia lebih selesa apatah lagi dengan kedatangan Aidilfitri yang memberi makna sangat besar apabila dapat meraikan di kediaman kami sendiri," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu, Saa'din menerima kunci rumah baharunya itu yang disempurnakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.

Selain Saa'din, terdapat dua lagi asnaf dalam daerah Seberang Perai Tengah menerima kunci rumah baharu mereka melalui Skim Inapan Kasih ZPP.

Sementara itu, Mohamad yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, rumah itu dibina membabitkan kos antara RM67,000 hingga RM80,000 seunit yang ia dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan bilik air, selain menggunakan reka bentuk baharu yang lebih kemas dan selesa berbanding sebelum ini.

Menurutnya, pemberian rumah baharu itu adalah salah satu daripada program sumbangan ZPP dalam pengagihan wang zakat kepada asnaf dan pihaknya bercadang membina 27 buah rumah lagi pada tahun ini untuk diserahkan kepada penerima-penerima yang layak.

"Peruntukan tahunan untuk Skim Inapan Kasih adalah sebanyak RM2.016 juta dan sasaran untuk kita bina pada tahun ini ialah sebayak 30 buah yang mana tiga buah telah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada penerima.

"Selain itu, kita juga memperuntukkan RM1.98 juta untuk Skim Baik Pulih yang menyasarkan sebanyak 90 buah rumah asnaf untuk dibaiki," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-sambut-aidilfitri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 23870 Replies : 680
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17234 Replies : 24
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4519 Replies : 33
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16425 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17788 Replies : 7
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15508 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 90604 Replies : 2834
AKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA, MK K-CLIQUE, ZAHIRIL ADZIM] 7PM ISNIN - JUMAAT
eddlisa_uyukAKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA
Views : 3851 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.513035 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list