CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4467|Reply: 1

[Wilayah Persekutuan] 'Lima hingga enam tan sisa domestik dikumpul sehari daripada lima bazar Ramadan Putrajaya'

  [Copy link]
Post time 27-3-2024 09:32 AM | Show all posts |Read mode

Pekerja pembersihan Alam Flora melakukan kerja menguruskan sisa makanan dan minuman di bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya. NSTP/AIZUDDIN SAAD

PUTRAJAYA: Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) mengumpulkan purata lima hingga enam tan sisa domestik setiap hari daripada lima bazar Ramadan di sekitar Putrajaya.

Pengurus Alam Flora Putrajaya, Mohamad Hafizudin Zainal, berkata jumlah sisa yang banyak ini susulan penambahan peniaga terutama di bazar Ramadan Presint 3 membabitkan kira-kira 50 peniaga.

"Memang sisa dihasilkan lebih tinggi dan di bazar Ramadan Presint 3 ini saja, tiga tan sisa domestik serta dua tan sisa cecair dikumpulkan setiap hari.

"Kami menyediakan 175 tong hijau untuk peniaga membuang sisa domestik di sini, manakala sisa cecair pula dibuang dalam tong hitam dan sisa makanan dalam tong jingga di Laman Iftar," katanya kepada BH.


Mohamad Hafizudin berkata, sisa makanan yang dibuang di bazar Ramadan Presint 3 hanya sekitar 10 hingga 11 kilogram (kg) saja setiap hari dan dijadikan baja kompos.

"Sisa makanan itu daripada pengunjung yang berbuka puasa di Laman Iftar, manakala peniaga pula mungkin membawa balik (lebihan makanan) ataupun tidak membuang sisa makan daripada jualan mereka," katanya.

Mohamad Hafizudin berkata, sisa cecair pula dibuang di empat tong hitam khas yang disediakan kepada peniaga.

"Sisa cecair itu akan disedut menggunakan jentera vacall (Vacumm All) dan akan dilupuskan ke tapak pelupusan.

"Kita tidak mahu peniaga yang menjual air balang ataupun sup membuang sisa ke dalam longkang kerana ia akan menyebabkan longkang tersumbat dan berbau. Inisiatif ini sudah dillakukan sejak 2019 dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj).

"Kami juga menyediakan tong roro yang digunakan untuk melupuskan sisa buah kelapa dan tebu kerana kedua-dua bahan ini tidak boleh dimasukkan dalam kompaktor. Jika dimasukkan, alatan itu boleh rosak," katanya.

Mohamad Hafizudin berkata, setakat ini Alam Flora dan PPj terutama bahagian pelesenan menerima kerjasama baik daripada peniaga, namun berharap sambutan pengunjung kepada tong jingga dapat ditambah baik.

"Sekarang pekerja kita yang mengasingkan sisa makanan tetapi lebih baik jika pengunjung ada kesedaran untuk mengasingkan sisa makanan mereka," katanya.

Setiap hari Alam Flora menjalankan kitar semula membabitkan 150 hingga 173 kilogram sisa daripada bazar Ramadan di Putrajaya.

"Angka tertinggi untuk pelupusan sisa adalah pada Ahad lalu iaitu 7.5 tan merangkumi lima bazar di Putrajaya, berbanding tahun lalu (yang tertinggi) sekitar 4.05 tan.

"Kita nasihatkan orang ramai mengamalkan sikap kitar semula, bawa beg dan bekas makanan sendiri, bukannya bergantung plastik digunakan peniaga sahaja, katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ehari-daripada-lima
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 10:00 AM | Show all posts
Banyaknya sampah yang dihasilkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.062859 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list