CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6319|Reply: 25

[Tempatan] Isu stoking: Stand down dan sudah-sudahlah, kata polis

[Copy link]
Post time 27-3-2024 09:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 27-3-2024 04:22 PM

Isu stoking: Pendirian telah disuarakan, masa untuk berhenti - KJ
Diterbitkan:  Mar 26, 2024 9:46 PM



Khairy Jamaluddin menggesa Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh dan umat Islam yang marah terhadap KK Mart agar menghentikan kecaman mereka terhadap syarikat itu.

Khairy berkata, kemarahan Umat Islam berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah telah disuarakan dengan jelas dan tiada keperluan lagi untuk terus melanjutkannya.

"Pertamanya, bagi orang Islam, kita kena berhenti sekejap. Adakah kita telah melebihi had (Are we going too far)?

"Dan mungkin kita bagi nasihat kepada sahabat kita, Akmal. Anda telah nyatakan pendirian anda. Saya sebenarnya tak salahkan Akmal. (Bersuara) memang tugas dia sebagai ketua pemuda (Umno).

"Tetapi sekarang masanya untuk berhenti. Kita serah kepada pengguna Islam di Malaysia sama ada mereka nak pergi KK Mart atau tidak," katanya dalam podcast Kelaur Sekejap yang disiarkan hari ini.

Khairy yang juga bekas ketua pemuda Umno berkata Akmal mesti memahami yang berhenti tidak bermaksud menyerah.


Muhamad Akmal Saleh


Akmal merupakan antara yang paling lantang mengecam KK Mart berikutan kontroversi itu, walaupun KK Mart dan syarikat pembekal stoking tersebut sudah memohon maaf.

Hari ini, cebuah cawangan kedai KK Mart di Bidor, Perak dibaling dengan bom petrol, kira-kira pukul lima pagi tadi.


Namun, menurut laporan China Press, bom petrol itu jatuh di kawasan kosong di depan kedai itu tidak meletup. Cawangan itu juga antara salah satu daripada tiga cawangan di mana stoking tersebut ditemukan.

Akmal mengecam tindakan itu namun kekal berkata boikot perlu diteruskan secara bertenang.

Mengulas lanjut, Khairy menyatakan kebimbangan jika kemarahan terhadap KK Mart berlanjutan, ia akan mempengaruhi naratif kaum yang negatif.

"Ia akan mempengaruhi naratif orang Melayu yang kata orang Cina memang tidak peka terhadap orang Melayu.

"Ia (juga) akan mempengaruhi narataif orang Cina yang orng Melayu apabila ada isu (seumpama) ini sahaja, akan tindas peniaga Cina," katanya lagi.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2024 04:22 PM | Show all posts
Isu stoking: Stand down dan sudah-sudahlah, kata polis
Haspaizi Zain
Diterbitkan:  Mar 27, 2024 3:02 PM



Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar bertenang dan tidak menyumbang apa-apa yang boleh membawa kepada peningkatan ketegangan di dalam negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata ketika ini keadaan agak panas dan isu stoking yang mengundang kemarahan sesetengah pihak boleh menjadi pemangkit kepada krisis yang lebih buruk.

Menyatakan sokongan kepada cadangan diberi bekas menteri, Khairy Jamaluddin, agar semua pihak "stand down" kerana pelbagai tindakan sudah dan sedang diambil pihak berkuasa.

“Saya nak ambil peluang untuk menasihatkan semua pihak, stand down... sudah-sudahlah.

"Saya bersetuju apa yang saudara Khairy kupas, pihak kami cukup bimbang ada perkara (yang asalnya) tidak libatkan isu perkauman tapi libatkan dua kaum berbeza, ia boleh dijadikan pemangkin kepada isu ini (perkauman).

"Kami tak nak lihat insiden seperti Kampung Medan berulang, ia hanya memburukkan imej negara,”katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Semalam Khairy dalam siaran podcast Keluar Sekejap menggesa Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh dan umat Islam yang marah terhadap KK Mart agar menghentikan kecaman mereka terhadap syarikat itu.

Khairy berkata, kemarahan umat Islam berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah telah disuarakan dengan jelas dan tiada keperluan lagi untuk terus melanjutkannya.

"Pertamanya, bagi orang Islam, kita kena berhenti sekejap. Are we going too far (Adakah kita telah melampau)?

"Dan mungkin kita bagi nasihat kepada sahabat kita, Akmal. Anda telah nyatakan pendirian anda. Saya sebenarnya tak salahkan Akmal. Memang tugas dia sebagai ketua pemuda (Umno).

"Tetapi sekarang masanya untuk berhenti. Kita serah kepada pengguna Islam di Malaysia sama ada mereka nak pergi KK Mart atau tidak," katanya.

Dimuat naik di luar

Mohd Tegas Shuhaily berkata pada masa sama demi menjaga keamanan negara PDRM akan bertindak tegas atas apa juga isu berkaitan perkauman tanpa mengira ia melibatkan pihak kerajaan ataupun bukan.

Mengulas lanjut dia berkata PDRM sentiasa meningkatkan pemantau bagi memastikan tiada pihak yang cuba memburukkan lagi keadaan.

“Biarkan sistem keadilan kita berfungsi, biar ia melalui proses perundangan, itu tanda kematangan rakyat kita,” katanya lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:16 AM | Show all posts
amboi lembaga itam....ko dulu pun camtu...mcm la ko x berkipas dulu kehhhnn?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:24 AM | Show all posts
walaun taknak bakar rumah kj ke? kan dia dah backup kk malt
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
mintak sorry. aku pun rasa eloklah acik kemal tu benti jd usop wilcha kiter bakorrrr
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 01:30 PM | Show all posts
Setuju dengan KJ.

Orang yang nak boikot dah boikot pun. Melayu dah malu2 kucing nak masuk KK Mart. He can stop barking.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2024 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku memang tak akan masuk kk mart. Done boikot selamanya
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 01:43 PM | Show all posts
kalau bc komen2 kt fb dari puak chinese/indian boleh kata 98% kutuk2 dan perli org melayu isu stokin ni... sikit pun xde rs mcm nk hormat Malaysia as Tanah Melayu yg mana agama Islam as agama rasmi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 04:33 PM | Show all posts
dengarnya Pengarah KK akan didakwa..

sesapa yg nak boikot, bole truskan boikot..

(setakat ni aku masih berpendirian utk boikot)

so, sudah2 lah tunggang isu ni utk raih populariti politik..

banyak perkara besar lain yg perlu gomen n polis nak settle
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
No way
Ini hal Allah dipersendakan
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 04:37 PM | Show all posts
Orix replied at 27-3-2024 01:43 PM
kalau bc komen2 kt fb dari puak chinese/indian boleh kata 98% kutuk2 dan perli org melayu isu stokin ...

mungkin depa menyampah dgn pemimpin2 politik tertentu yg overdone tunggang isu ni utk raih populariti politik..

mmg isu ni besar..

dan tindakan telah diambil..

move on..

x de keje lain plak polis nak melayan kerenah ahli politik yg cuba tangguk di ayer keroh ni..


Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 04:42 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 27-3-2024 04:43 PM
bungarose replied at 27-3-2024 04:33 PM
No way
Ini hal Allah dipersendakan

so, selain tindakan undang2 n boikot..

apa yg ko cadangkan utk kita Melayu Islam Mesia patut buat utk kasi settle ini kes once n forever?


Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 04:45 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 27-3-2024 04:50 PM
pengecatbintang replied at 27-3-2024 04:37 PM
mungkin depa menyampah dgn pemimpin2 politik tertentu yg overdone tunggang isu ni utk raih popular ...

antara punca Cine n Yindia benci Mulayu sbb tengok gelagat sesetengah pemimpin n penyokong Umngok yg dulu2

pemimpin n penyokong Umngok bergelagat camtu sbb nak sakau n resuah..

sbb DISTRACTION utk perbuatan mereka menyakau n resuah utk idup kaya raya, selang lenang

tp ramai plaks yg bawah2 ni menonong percaya n sokong pemimpin n penyokong Umngok ni yg pura2 konon2 perjuangkan agama, bangsa n agama

padahal kat belakang tabir..

mereka lah penyamun, penyakau, peresuah dan pengkianat kpd agama, bangsa, n negara
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 07:19 AM | Show all posts
Akmal Bobot dah kena sound..

Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 28-3-2024 08:23 AM
Orix replied at 27-3-2024 01:43 PM
kalau bc komen2 kt fb dari puak chinese/indian boleh kata 98% kutuk2 dan perli org melayu isu stokin ...


kita sambung je boikot..sikit2 kutuk melayu, pening lalat la tu, sbb belambak cina india yg islam, omputeh pun ade yg islam sbb gadoh molot ni yg buat lagi berapi, boikot takde gaduh.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 27-3-2024 01:43 PM
kalau bc komen2 kt fb dari puak chinese/indian boleh kata 98% kutuk2 dan perli org melayu isu stokin ...

Itulah realitinya kat msia ni. Bukan masalah mereka buat apa dia nak protect kalimah Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2024 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
jap. i harap bila timbul isu sensitif mcm ni jgn asik suruh org melayu ja stand down. puak2 kaum lain pun kena pi suruh stand down jugak bila duk mengutuk menghina org melayu or org islam. selalu suh mangsa yg kena stand down. si pelaku2 tu suma x brapa nk di suruh stand down. akhbar2 or media sosial kaum2 tu x disuruh stand down bile menyebarkan kebencian pada kaum melayu? harap x double standard ye. i mula2 rasa, ok la dah minta maaf and dikenakan tindakan tp bila ada puak2 yg asik duk backup sgt2 diorg ni, geram jugak rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 27-3-2024 04:37 PM
mungkin depa menyampah dgn pemimpin2 politik tertentu yg overdone tunggang isu ni utk raih popular ...

Aku yang melayu ni pun menyampah. Lepas ni adalah yang serang kata aku keling.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 12:46 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 28-3-2024 12:48 PM
Decaffeinated replied at 28-3-2024 12:28 PM
Aku yang melayu ni pun menyampah. Lepas ni adalah yang serang kata aku keling.

coba perhati...

depa x benci plak dgn Melayu PKR...

dulu bole siap geng lagi dgn PAS under Arwah TGNA...

naper?
--

puak2 Umngok yg dolu2 tonggang agama n bangsa dan depa ni kerap tanam api kebencian kpd bangsa lain terutama Cine

so, bangsa lain kerap benci ngan Mulayu sbb pangai segelintir penyakau, peresuah n penyamun dlm Umngok

bila ini berlaku..

penyakau n peresuah dlm Umngok ni ambik kesempentan menyamun

depa data benci ngan bangsa lain mcm Cine..

tapi kat belakang depa mintak resuah ngan bisnesman Cine gaks

manusia hipokrit ni ler yg ramai penyokong2 bawahan yg bodo pi sokong

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 12:49 PM | Show all posts
manop replied at 28-3-2024 07:19 AM
Akmal Bobot dah kena sound..

Kahkahkah

kena sound ngan YDPA & Chief CID kan?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.071171 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list