CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5763|Reply: 14

[Tempatan] 99 orang lagi kena scam RM45 juta, apa yang sedang berlaku?

  [Copy link]
Post time 27-3-2024 07:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 27-3-2024 07:21 AM

Kuala Lumpur: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menerima aduan daripada 99 mangsa yang terpedaya dengan syarikat pelaburan GigaMax sehingga kerugian mencecah RM44.9 juta.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, syarikat pelaburan terbabit didapati mempromosi pelaburan yang tidak sah.


"Mereka juga 'memancing' mangsa dengan mengatakan terdapat lebih 100,000 peserta dalam aplikasi itu.

"Mereka mendakwa mempunyai peserta bukan saja di Malaysia malah di rantau Asean seperti Vietnam, Myanmar, Laos, Singapura, dan Thailand," katanya pada sidang media semalam.

Menurutnya, pihaknya sudah membantu membawa mangsa membuat laporan polis yang mana ada kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan ada dirujuk ke agensi lain iaitu Bank Negara Malaysia (BNM).

Beliau berkata, selepas itu mereka menjanjikan pelbagai alasan kepada pelabur termasuk membeli kad Visa.

Sementara itu, mangsa, Zainal Azim Amur, 68, berkata, dia terjerat dengan pelaburan itu kerana melihat kejayaan peserta yang mendapat keuntungan sebanyak RM25,000 seminggu.

"Saya juga diberitahu oleh syarikat bahawa akan diberikan tawaran satu peratus keuntungan pada setiap minggu, tetapi apabila ditunggu tiada apa hasil yang didapati," katanya.

"Pelaburan itu mula mengalami masalah apabila mereka tidak membenarkan pengguna mengeluarkan duit yang dilaburkan.

"Untuk keluarkan duit, mereka perlu menambah jumlah tertentu dan kemudian bertukar kepada satu platfom yang dipanggil sebagai TeraMax," katanya.







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka beno nk duit cepat...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
gelap mata yach nak untung 25k seminggu

i setakat ni masih waras boleh pk tkde istilah duit free, ada duit dlm tgn kononnya boleh jana lagi byk duit bila bagi kat org yg pujuk rayu suruh labur ... if it's too good to be true... it is NOT true....

tapi kalau i ada duit yg byk dlm tgn ... i mmg gelap mata nak joli katak
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 07:48 AM | Show all posts
duit tu baik la pegi joli..jenjln..holiday oversea...mkn sedap2...beli handbag mahal2..dr bg gitu je duit dkt scammer...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:18 AM | Show all posts
Amboi!  Yg beg merah bertopi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Org tamak slalu rugi ...dah tua2 pun masih tamak harta dunia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2024 10:25 AM | Show all posts
Berlaku apoo....tamak punya pasal lah ni. Termakan janji2 iklan tu sume....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Org yg peduli halal haram sumber keuntungan sesuatu perniagaan pasti selamat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 10:53 AM | Show all posts
just nak bgtau takda simpati pada mangsa2 pelaburan haram ni. sendiri cari bala. padan muka pada semua anjing2..... orang tamak selalu rugi, mcm anjing
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:56 AM | Show all posts
Orang tamak selalu rugi sis.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 11:34 AM | Show all posts
Pemikiran orang berduit lebih dengan orang duit cukup2 makan tak sama.

Orang kaya memang cari lubang untuk jadi lagi kaya and nothing wrong with that. Memang banyak product pelaburan dalam market. Ada tu sangat sophisticated even orang yang paling prudent pun boleh terkena. Ini bukan telefon scam bodoh2 menyamar poslaju tu.

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 02:12 PM | Show all posts
rezeki tak dtg bergolek
nak senang kena usaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 03:52 PM | Show all posts
Samerosie replied at 27-3-2024 09:18 AM
Amboi!  Yg beg merah bertopi tu.

tu la tuu...cara posing len macam....hahahaaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 11:22 PM | Show all posts
berkata, dia terjerat dengan pelaburan itu kerana melihat kejayaan peserta yang mendapat keuntungan sebanyak RM25,000 seminggu.


Kejayaan la sangat. Tu geng penyangak jugak buat testimoni palsu ....





Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengaku ajelah yang diri rasa tamak dan rasa pulangan dari asb tu rendah. Mana ada pelaburan sah boleh bagi return mengarut macam tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.072660 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list