CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5508|Reply: 12

'Cukuplah Hans Isaac... Jika Tahu Malu, Letak Jawatan', Desak Pembangkang

[Copy link]
Post time 27-3-2024 05:24 AM | Show all posts |Read mode






KUALA LUMPUR: Menjelang aksi perlawanan antara Malaysia dan Oman bagi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini, ahli Parlimen pembangkang mendesak Datuk Hans Isaac meletak jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).


Desakan itu susulan kerosakan stadium itu yang berulang kali berlaku.


Ahli Parlimen berkenaan turut mencadangkan PSM dirombak bagi membolehkan mereka yang lebih pakar dilantik memegang jawatan dalam badan itu.


Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata pengurusan stadium memerlukan profesionalisme dan ia tidak boleh diterajui dalam kalangan lantikan politik.


"Hans Isaac gagal. Adakah beliau sesuai dengan tugas ini? Itu soalannya.


"Beliau tahu beliau lantikan politik, ada kaitan dengan PKR. Agak-agak Menteri (Belia dan Sukan, Hannah Yeoh) pun tidak suka beliau tapi sebab Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) orang PKR, jadi Hans kenalah cari tempat beliau.


"Isunya sekarang bukan sama ada menang atau kalah (pada malam ini), isunya adalah beliau tidak melakukan kerja dengan baik dan wajar untuk negara, yang membabitkan imej dan profesionalisme aset stadium kita, dan ini memberi kesan kepada pasukan kita, rakyat serta cukai negara.


"Beliau mesti meletak jawatan kali ini. Ini kali ketiga, bukan kali pertama. Cukuplah Hans Isaac. Jika beliau tahu malu, beliau letak jawatan," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.


Kualiti padang di SNBJ sekali lagi menjadi persoalan menjelang perlawanan pusingan antara Malaysia dan Oman malam ini, selepas kedua-dua pasukan tidak dapat menjalani latihan di stadium berkenaan, seperti lazimnya dilakukan sehari sebelum aksi sebenar.


Pasukan kebangsaan dilaporkan menjalani latihan di Wisma FAM, manakala Oman pula di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).


Sebelum ini, isu padang SNBJ hangat diperkatakan susulan tersebarnya video dan gambar permukaan padang yang 'rosak' selepas penganjuran konsert Ed Sheeran pada 24 Februari lalu.


Isu sama turut berlaku pada November tahun lalu apabila PSM membenarkan konsert Coldplay dianjurkan di atas padang SNBJ, sekali gus permukaan padang rosak sedangkan ia adalah rumput baharu jenis Zeon Zoysia yang ditaja Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.


Hans Isaac yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dilantik menjadi Pengerusi PSM pada Jun 2023.


Sementara itu, Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden mahu usaha serius diambil PSM bagi memastikan insiden padang yang disifatkan memalukan itu tidak berulang.


"SM perlu dirombak kerana kerosakan yang berulang. Lantik orang yang pakar dalam uruskan stadium dan rumput.


"Usaha menoktahkan padang rosak ini mesti menjadi keutamaan kerajaan Madani," katanya.


Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Lantikan politik ni umpama makan gaji haram je semuanya...bukan reti buat kerja...moga kena laknat
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 06:09 AM | Show all posts
nw111 replied at 27-3-2024 05:48 AM
Lantikan politik ni umpama makan gaji haram je semuanya...bukan reti buat kerja...moga kena laknat

mcm la wan fezal tu hebat sangat..neheri sendiri pun...ahahaah...ahahaha je
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Gambar bila tu?  Aku tengok smlm keadaan padang OK ja, FIFA pun approve. Jangan kata kalah sebab padang dah la. Oman senyum sinis.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 07:42 AM | Show all posts
nw111 replied at 26-3-2024 09:48 PM
Lantikan politik ni umpama makan gaji haram je semuanya...bukan reti buat kerja...moga kena laknat

tulah tu. tp heols bukan muslim, dia peduli apa psl dosa. mohon heols jd pelakon jer lah yach. tho kayu gak jd pelakon.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
nw111: Lantikan politik ni umpama mak ...


Amin 1000x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2024 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
manop replied at 27-3-2024 06:09 AM
mcm la wan fezal tu hebat sangat..neheri sendiri pun...ahahaah...ahahaha je

I cakap pasal lantikan politik semua parti semua states...sama je 2x5 semua...tak tau apa..tetiba dpt jawatan dlm glc bagai...umpama mcm nk bg habuan sbb menyokong kjaan gitu
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 27-3-2024 07:42 AM
tulah tu. tp heols bukan muslim, dia peduli apa psl dosa. mohon heols jd pelakon jer lah yach. tho  ...

Bukan muslim yang berpegang pada ethic kkdg moral mereka lebih tinggi dari muslim yang sibuk kira dosa. Mereka tak perlu tanya ostad hukum itu hukum ini, they live by principle. Melayu pula dapat ja clearance dari ostad aman2 menduakan isteri tanpa rasa bersalah asalkan dah henjut tangan tok kadi. See the difference
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 10:28 AM | Show all posts
he should know chances are given and truly he is not up to expectation.

he should leave with his dignity...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 11:35 AM | Show all posts
dia takde bideo leak kah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:05 PM | Show all posts
Kurex: dia takde bideo leak kah?


bEKAS TUNANG TAK JADI DIA TU ada leak.. rasanya le tapi bukan ngan Hans ngan lelaki lain.. ekekekek

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Betol. Saya cadangkan lantik je la Pengecattaik. Cytro kerajaan dekat dalam ni. Dia lagi buat kerja dr si Hans Isaac ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:57 PM | Show all posts
Ramai pula tiba2 jadi pakar stadium management tah2 masuk stadium pun jarang tapi sembang tiba2 babi boleh terbang.

Stadium kat Malaysia ni bukan macam kat England tiap kali ada match penuh manjang. Nak harap final ja baru penuh. Game semalam pun 25k ja yang turun. Ko rasa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.124437 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list