CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5439|Reply: 0

[Sarawak] STA lahir kebimbangan terhadap peningkatan kos berkaitan penyelenggaraan berterusan FMU

[Copy link]
Post time 26-3-2024 09:54 PM | Show all posts |Read mode


Wong (tengah) ketika membacakan teks ucapan Lau pada Mesyuarat Agung Tahunan STA di Kuching hari ini. Turut kelihatan Naib Pengerusi STA James Ho Yam Kuan dan Dato Sri Patrick Wong Haw Yeong. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) melahirkan kebimbangannya terhadap peningkatan kos berkaitan penyelenggaraan berterusan unit pengurusan hutan (FMU) yang diperakui.

Pengerusi STA Dato Henry Lau berkata, arahan baharu yang mewajibkan FMU bertauliah menyumbang kepada tanggungjawab sosial korporat melalui ses (cukai khas) RM15 bagi setiap meter padu akan berkuat kuasa mulai 1 Julai tahun ini.

“Walaupun kita mengiktiraf kepentingan sumbangan sedemikian untuk kebaikan masyarakat Sarawak, kita menyokong ketelusan dalam cara ses ini digunakan.

"Kita (STA) secara aktif berusaha mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai peruntukan dana ini," katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Setiausaha Kehormat STA Wong Ting Chung pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) persatuan itu di sini, hari ini.

Lau berkata adalah penting untuk menyedari bahawa kos yang tidak dapat dielakkan ini pasti akan diterjemahkan kepada harga jualan yang lebih tinggi untuk kedua-dua pembeli antarabangsa dan domestik, yang menjejaskan ahli sektor hiliran khususnya.

“Oleh itu, ahli sektor hiliran akan terpaksa menyesuaikan harga mereka, seterusnya mencabar daya saing dan produk kayu kita di pasaran yang sudah tertekan oleh cukai jualan negeri (SST).

“SST antara 1 peratus hingga 2.5 peratus yang dilaksanakan pada 1 Jun 2023, menjejaskan produk kayu terpilih di luar Sarawak, termasuk kayu gergaji, venir, kayu, papan gentian, papan partikel dan papan lapis,” katanya.

Menurut beliau, keputusan menggunakan nilai Kos dan Pengangkutan (CNF) dalam menentukan SST bermula Mac tahun ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli.

“Bukankah lebih mudah untuk mengira SST berdasarkan nilai yang ditunjukkan pada invois, tidak kira sama ada ia CNF atau FOB (Free on Board)? Lagipun, kedua-dua Seksyen 15(d) Ordinan Cukai Jualan Negeri 1988 dan Peraturan 19H menetapkan bahawa nilai jualan bagi produk kayu yang dieksport atau dijual secara luar ialah harga barang yang dinyatakan dalam kontrak atau invois.

“Kesan daripada beban kewangan ini amat ketara dalam nilai eksport kayu dan produk kayu yang semakin merosot. Walaupun mencatatkan RM3.947 bilion kukuh pada 2022, nilai eksport menjunam kepada RM3.141 bilion pada 2023, menandakan kehilangan daya saing yang ketara dalam industri,” jelasnya.

Sehubungan itu, Lau berkata bersaing secara berkesan dalam pasaran antarabangsa adalah penting dan memerlukan perhatian segera.

“Kos yang semakin meningkat dalam industri perkayuan menimbulkan cabaran besar yang tidak boleh diabaikan.

“Daripada pengeluaran kepada pengangkutan, setiap aspek operasi memerlukan semakan yang teliti untuk mengenal pasti langkah penjimatan kos tanpa menjejaskan kualiti dan kemampanan produk,” ujarnya.

Tambahnya, ini bukan sahaja menjejaskan keupayaan untuk bersaing secara berkesan dalam pasaran antarabangsa tetapi juga menimbulkan ancaman serius kepada inisiatif dalam pembangunan dan pengembangan pasaran.

“Tidak kira pasaran di dalam mahupun di luar negara, apa yang penting adalah untuk mengekalkan kelestarian jangka panjang dan memastikan pertumbuhan berterusan perdagangan kayu Sarawak,” ujarnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.366223 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list