CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5467|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan gesa wujudkan dasar lebih konsisten, perkemas proses pengambilan pekerja asing

[Copy link]
Post time 26-3-2024 09:52 PM | Show all posts |Read mode


Wong (empat kiri) bersama yang lain ketika membacakan teks ucapan Lau pada Mesyuarat Agung Tahunan STA di Kuching hari ini. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) menggesa kerajaan mewujudkan dasar yang lebih konsisten dan memperkemas proses pengambilan pekerja asing.

Pengerusinya Dato Henry Lau berkata, ini berikutan industri perkayuan terus bergelut dengan kekurangan buruh yang berterusan khususnya dalam sektor perladangan hutan dan aktiviti kelapa sawit.

“Jika tidak ditangani, keadaan ini menimbulkan risiko besar kepada kesinambungan operasi ahli kita.

“Kerangka kerja yang lebih cekap bukan sahaja akan membantu mengurangkan kekurangan buruh semasa tetapi juga menyumbang kepada kestabilan jangka panjang industri perkayuan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Setiausaha Kehormat STA Wong Ting Chung pada Mesyuarat Agung Tahunan STA di sini, hari ini.

Dengan memupuk persekitaran yang kondusif untuk pengurusan tenaga kerja, Lau berkata, kerajaan boleh memainkan peranan penting dalam memastikan pertumbuhan mampan dan daya saing ahli STA.

Sementara itu, beliau memuji inisiatif Kerajaan Sarawak dalam menerokai penubuhan kilang dalam perindustrian hutan baru-baru ini.

“Seperti yang kita sedia maklum, kayu balak dari hutan industri memainkan peranan penting dalam menambah kekurangan bahan mentah untuk sektor hiliran.

“Potensi pengurangan kos balak bukan sahaja akan meringankan beban kewangan dalam industri perkayuan tetapi juga meningkatkan daya saing keseluruhan produk di pasaran.

“Justeru, STA amat percaya bahawa inisiatif ini menjanjikan kejayaan besar dalam mengurangkan kos kayu balak yang diperoleh daripada hutan industri dan kita tidak sabar menunggu perkembangan selanjutnya,” katanya.

Lau juga berkata Kerajaan Sarawak telah menjadi penyokong untuk menggunakan kayu balak daripada hutan industri, menggalakkan industri menceburi produk kayu dan biojisim kejuruteraan.

“Peralihan strategik ini memerlukan ahli kita menaik taraf kilang mereka untuk memproses kayu balak daripada hutan perindustrian.

“Bagi memupuk transformasi ini, kita bersungguh-sungguh menyeru kerajaan untuk memberikan insentif bagi perkakasan atau pemasangan semula kilang.

"Menyedari komitmen kewangan yang diperlukan untuk usaha tersebut, insentif sebegini akan memainkan peranan penting dalam memudahkan peralihan penting ini," katanya.

Lau berkata STA turut memohon bantuan kerajaan dalam membangunkan pasaran bagi produk baharu yang akan muncul daripada inisiatif ini.

"Mencipta peluang untuk pengenalan dan penerimaan produk yang berjaya dalam pasaran adalah penting untuk pertumbuhan mampan dan daya saing industri kita,” tambah beliau.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.454136 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list