CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7074|Reply: 31

Penumpang Dari Indonesia Seludup Tupai Salai Guna Pesawat Komersial

[Copy link]
Post time 26-3-2024 09:50 PM | Show all posts |Read mode





GEORGE TOWN – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang menggagalkan cubaan membawa masuk tupai salai tanpa permit import di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di sini, hari ini.


Jurucakap Maqis berkata, rampasan itu dilakukan hasil kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melalui bantuan mesin pengimbas dan pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai Maqis di LTAPP.


“Hasil pemeriksaan menemukan tupai salai di dalam sebuah bagasi seorang penumpang dari negara Indonesia dengan anggaran berat lapan kilogram.


“Maqis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang bagi memastikan keselamatan industri pertanian dan makanan negara terjamin,” katanya,” katanya di sini, hari ini.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
"Bukan Milo pak..tupai pak..tupai"-Gue Indon
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 10:11 PM | Show all posts
agaknya ummah pati indon lebih menggemari rasa tupai kelahiran tanah air sendirik yg lebih umami, berbanding daging tupai Malaysia - rasa nak terjeluak jer bila makan
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tupai orang islam blh makan ke..haritu i ada tgk org melayu share dia masak tupai
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 26-3-2024 06:26 PM
nw111 replied at 26-3-2024 02:30 PM
Tupai orang islam blh makan ke..haritu i ada tgk org melayu share dia masak tupai


Ikut budaya.

Sedangkan dubuk yang serupa anjing hewan karnivor pemakan bangkai tu halal dimakan sebab dah jadik makanan turun temurun Ereb.

Aku...lagik rela makan ulat mulong (yang difatwakan haram di Malaya) herbivor hidup dalam rumbia daripada dubuk.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:13 AM | Show all posts
Yindon ta lama lagi jadi 2nd Wuhan lah.. semua binatang dia makan.. pstu bawak pnyakit datang sini!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2024 09:19 AM | Show all posts
ada pepatah indon dan melayu berbunyi, "ibarat buah dada di tebuk tupai"
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:41 AM | Show all posts
indon makan tupai nak buat ubat kan?
entah kencing manis ke asthma?
tupai ni orang islam boleh makan ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 27-3-2024 02:24 AM
Ikut budaya.

Sedangkan dubuk yang serupa anjing hewan karnivor pemakan bangkai tu halal dimakan s ...


Orang melayu islam pantai timor makan telur penyu.????


Jijikssss
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 27-3-2024 01:45 AM
Orang melayu islam pantai timor makan telur penyu.????




Hahaha

Tu la ai maksudkan, hukum ni adjusted ikut budaya setempat? Muslim Sabah pun lek2 makan telur penyu. Huhu....Tapi aiols idok - like tf nak makan telur penyu spisis terancam, sedap lagik telur ayam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 26-3-2024 10:30 PM
Tupai orang islam blh makan ke..haritu i ada tgk org melayu share dia masak tupai

Melayu kena tanya ereb dulu. Kalau ereb kata ok makan biawak melayu ikut ja.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 27-3-2024 09:45 AM
Orang melayu islam pantai timor makan telur penyu.????



Aku pernah try telur penyu pasar malam di Terengganu. Tak boleh telan. Lepas tu baru terfikir mungkin yang aku makan tu mentah kot.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 27-3-2024 09:56 AM
Aku pernah try telur penyu pasar malam di Terengganu. Tak boleh telan. Lepas tu baru terfikir mung ...

Telur penyu  even though u rebus lama mana pun dia akan tetap cair takkan jadi pepejal...

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 27-3-2024 09:48 AM
Hahaha

Tu la ai maksudkan, hukum ni adjusted ikut budaya setempat? Muslim Sabah pun lek2 makan te ...

Dah le spesis terancam... reptiles..

Telur buaya dgn telur ular tak makan pulak ye
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tupai pun mkn ye. aduduuuu
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:42 PM | Show all posts
green~tea replied at 27-3-2024 12:31 PM
Telur penyu  even though u rebus lama mana pun dia akan tetap cair takkan jadi pepejal...

Weird as this may sound but that's comforting. Bertahun2 aku dok kembang tekak mengingati peristiwa mungkin termakan telur penyu mentah. Now aku boleh tidur lena telur tu memang dah masak kot

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 12:44 PM | Show all posts
green~tea replied at 27-3-2024 12:32 PM
Dah le spesis terancam... reptiles..

Telur buaya dgn telur ular tak makan pulak ye

Yang terancam tu penyu. Telur dia tak, sekali bertelur berpuluh2 setakat amik 5 biji apa lah sangat

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 03:00 PM | Show all posts
Aku tgk fb ex-cikgu aku..dah pencen..jaga kebun durian sambil tembak tupai. Tupai yg dapat tu disiang2 macam nak bergulai..kembang jgk tekak aku. Ke tupai goreng kunyit. Apa la rasa agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 27-3-2024 12:44 PM
Yang terancam tu penyu. Telur dia tak, sekali bertelur berpuluh2 setakat amik 5 biji apa lah sanga ...

Sedap rasa dia....last makan masa kecik dulu....dah besar tak sampai hati nak makan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 08:10 PM | Show all posts
Mcm Melayu jugak la pi jalan2 Europe seminggu dua tetap x boleh tinggal sambal belacan, sambal ikan bilis, rendang...dlm luggage ada periuk nasi dan kuali elektrik

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.202373 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list