CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5524|Reply: 0

[Sarawak] ejayaan tukar status Pelabuhan Bintulu satu pencapaian bersejarah

[Copy link]
Post time 26-3-2024 09:46 PM | Show all posts |Read mode


Uggah menyampaikan cenderamata kepada Ustaz Syamsul sambil disaksikan yang lain.

KUCHING: Kejayaan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada 23 Mac 2024 bagi menukar status Pelabuhan Bintulu daripada pelabuhan persekutuan kepada pelabuhan negeri merupakan satu pencapaian bersejarah, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

"Kita berharap dapat memuktamadkan penyerahan Pelabuhan Bintulu daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri pada 2024.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat. Ia dapat dilakukan melalui kerjasama, pemahaman dan keupayaan anda untuk bekerja sebagai satu pasukan," katanya.

Beliau berkata demikian sebelum menyertai pegawai serta kakitangan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) berbuka puasa di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.

Terdahulu, warga MIPD mendengar ceramah integriti yang disampaikan penceramah terkemuka negara Ustaz Syamsul Debat.

Sementara itu, dalam persediaan menghadapi cabaran lebih hebat dan tanggungjawab di hadapan, Uggah berkata adalah amat penting semua pegawai dapat meningkatkan diri mereka dengan kemahiran, teknologi dan pengetahuan baharu seperti Kecerdasan  Buatan (AI).

"Kementerian kita sangat kritikal dalam aspek pembangunan infrastruktur dan pelabuhan, lebih-lebih lagi dalam pembangunan pelabuhan.

"Premier kita, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengarahkan kita melihat kepada pembinaan pelabuhan baharu.

"Beliau juga mahukan kita menstruktur semula pengurusan pelabuhan-pelabuhan sedia ada, supaya kita dapat mempunyai satu pihak berkuasa pelabuhan di Sarawak," katanya.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata ia tugas sangat mencabar dan MIPD memerlukan tenaga kerja yang tepat.

Justeru, beliau berharap MIPD dapat menghantar beberapa pegawai ke pelabuhan-pelabuhan termuka atau institusi lain di luar negara untuk belajar serta meningkatkan kemahiran.

"Kita mesti berhubung dengan semua teknologi terkini dan teknologi sangat dinamik sifatnya... cabaran setiap masa," tambahnya.

Uggah berkata sebagai contoh, AI sangat banyak akan mempengaruhi cara MIPD bekerja dan mengurus sumber serta pengurusan projek.

"Kita melaksanakan kira-kira RM60 bilion nilai projek, maka persiapan kita sudah tentu sangat penting.

"Kita tidak boleh lari daripada teknologi dan pengetahuan terkini, jika tidak kita akan terkial-kial atau jauh ketinggalan daripada orag lain," ujarnya.

Rakyat juga katanya, mahu projek-projek untuk mereka dilaksanakan dengan baik dan siap mengikut jadual.

Uggah menambah, pada masa sama MIPD akan melakukan analisis kritikal untuk meningkatan kecekapan dan produktivitinya.

Beliau juga berkata adalah amat penting bagi semua untuk terus membina budaya berkolaboratif, kerja berpasukan dan kerjasama.

"Ia juga penting bagi kita untuk berkhidmat dengan integriti tertinggi," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.051852 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list