CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5591|Reply: 0

[Sarawak] Pesta Kaul Oya 2024 janjikan kelainan, kemeriahan

[Copy link]
Post time 26-3-2024 09:45 PM | Show all posts |Read mode
Dijadual berlangsung pada 21 April depan, pesta bakal dihadiri Tun Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Fauziah




Fatimah menyerahkan surat jemputan Pesta Kaul Oya kepada Tun Pehin Sri Wan Junaidi sambil disaksikan Toh Puan Fauziah.

KUCHING: Pesta Kaul Oya 2024 yang dijadual berlangsung pada 21 April depan bakal menjanjikan kelainan dan kemeriahan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata TYT bukan sahaja akan merasmikan Pesta Kaul Oya tetapi merasmikan benteng hakisan pantai yang terletak tidak jauh dari tapak pesta.

"Ini merupakan satu aktiviti yang sangat besar maknanya kepada kami kerana pada Pesta Kaul itu nanti, Tun (Wan Junaidi) akan merasmikan benteng hakisan pantai di tapak Pesta Kaul Oya.

"Pembinaan benteng ini telah diluluskan oleh Tun semasa beliau menjadi Menteri Alam Sekitar di peringkat kerajaan dahulu termasuk satu lagi projek di Pekan Sabtu," katanya ketika mengetuai delegasi melakukan kunjungan hormat terhadap Tun Wan Junaidi dan isteri di Astana Negeri di sini, hari ini.

Kunjungan hormat itu katanya, bertujuan menjemput TYT dan isteri merasmikan Pesta Kaul Oya dan benteng hakisan Pantai Oya.

Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat berkata, benteng hakisan Pantai Oya sangat signifikan kepada penduduk Dalat kerana pembinaannya berdepan cabaran disebabkan pertukaran kerajaan persekutuan ketika itu sehingga menimbulkan pertanyaan sama ada projek itu diteruskan atau dibatalkan.

"TYT Tunlah orang yang bertanggungjawan memastikan projek ini diteruskan. Jadi dengan sebab itu, kami mengingati jasa beliau dengan menjemput beliau merasmikan Pesta Kaul Oya seterusnya merasmikan benteng hakisan Pantai Oya yang sudahpun siap dibina," katanya.

Menurutnya benteng hakisan pantai yang sudah siap bukan sahaja dapat dilihat memberi manfaat dari segi fungsinya iaitu mengelak hakisan pantai tetapi menghalang batang-batang pokok besar serta sisa buangan yang hanyut di laut sampai di pantai.

Selain itu ia mencantikkan lagi kawasan kerana menjadikan Tebingan Sungai Oya, tarikan orang ramai dari dalam dan luar Dalat datang ke situ.

"Ia (benteng hakisan pantai) juga memberi peluang kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung melaksanakan projek dikenali ‘lebuk kaul’ (rumah kaul) .

"Terdapat sembilan kesemuanya dan kita cadangkan apabila sudah siap sepenuhnya nanti ia akan mencantikkan lagi kawasan ini dan disediakan pelbagai kemudahan untuk menjadikannya inap desa," katanya.

Maknanya pembinaan benteng hakisan pantai itu telah dan akan memberi impak sosioekonomi kepada penduduk setempat kerana ia bukan sahaja dijadikan tempat berniaga tetapi beriadah.

Mengulas lanjut mengenai Pesta Kaul Oya kali ini, Fatimah berkata setiap ‘lebuk kaul’ akan menyajikan makanan warisan Melanau yang berbeza untuk dijamu secara percuma oleh pengunjung pesta.

"Satu perkara yang menarik juga Tun akan ikut serta acara yang bermula dari pekan Sabtu ke tapak Pesta Kaul iaitu acara simbolik penghantaran serahan.

"Jadi ada satu bot membawa serahan kemudian ada satu bot khas seterusnya disertai bot-bot nelayan yang lain, bersusun di belakang bot khas kerana peraturannya tidak boleh mendahului bot yang membawa serahan.

"Ini pastinya membuahkan satu pemandangan yang menarik nanti," tambahnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.051271 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list