CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5759|Reply: 0

[Sarawak] Simposium Jaku Iban pada 2-3 Ogos depan

[Copy link]
Post time 26-3-2024 09:39 PM | Show all posts |Read mode


Penguang bersama Martin Daniel memegang tikai bemban pada mesyuarat tersebut.

MARUDI: Simposium Jaku Iban akan diadakan di Miri pada 2 hingga 3 Ogos akan datang.

Program yang dijangka bakal disertai 350 orang dari seluruh Sarawak itu dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN Marudi dan Pemuda PDP Marudi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datuk Dr Penguang Manggil hadir mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk imposium Jaku Iban dan Pengelandik Jari Peringkat Sarawak 2024 di sini hari ini.

Tiga forum dan lima kertas kerja dibentangkan sepanjang simposium dua hari itu oleh individu yang mempunyai kepakaran daripada institusi pendidikan, kementerian, agensi kerajaan, NGO dan sebagainya.

Di samping itu, Pekit Pengelandik Jari juga antara pengisian program iaitu pertandingan membuat marik empang, menganyam tikai bebuah, menenun kain karap, mengukir terabai dan membuat sugu tinggi.

Hadiah menarik berupa wang tunai, piala dan sijil menanti pemenang.

Keputusan dan penyampaian hadiah diadakan pada 3 Ogos 2024 semasa majlis penutupan simposium.

Pelbagai persembahan berkaitan keunikan kebudayaan kesenian masyarakat Iban turut dipersembahkan.

Pameran inovasi serta jualan buku dan kraf tangan turut diadakan selama dua hari tersebut.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.058551 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list