CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3377|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tular parkir atas lebuh raya untuk buka puasa, polis akan ambil tindakan

[Copy link]
Post time 26-3-2024 08:06 PM | Show all posts |Read mode
Tular parkir atas lebuh raya untuk buka puasa, polis akan ambil tindakan


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Tangkap layar video tular memaparkan kenderaan diparkir di tengah laluan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini. FOTO TULAR




Georgetown: Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pemilik kenderaan yang menghalang lalu lintas dengan meletakkan kenderaan mereka di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini.

Ia susulan video tular di media sosial yang memaparkan deretan kereta dan motosikal diparkir di atas lebuh raya itu menjelang waktu berbuka puasa.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan mengenai keadaan itu.

"Setakat ini belum ada laporan mengenainya namun jika ada aduan, kita akan ambil tindakan.

"Memang sekarang ada trend berbuka puasa di luar namun keselesaan pengguna tetap diambil kira dan kita akan lakukan pemeriksaan di kawasan itu," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini.

Menerusi komen warganet pada video tular itu, difahamkan kenderaan berkenaan diparkir di atas lebuh raya bermula menjelang waktu berbuka puasa hingga awal pagi.



Disiarkan pada: Mac 26, 2024 @ 7:16pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.066190 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list