View: 9272|Reply: 11
|
[Tempatan]
Harapan Aidilfitri, ibu rayu selamat anak ditahan sindiket di Myanmar
[Copy link]
|
|
Harapan Aidilfitri, ibu rayu selamat anak ditahan sindiket di Myanmar
https://www.freemalaysiatoday.co ... indiket-di-myanmar/
Chia Wan Rou
26 Mar 2024, 03:30 PM
Nur Aniyah Matramin (dua dari kiri) bersama wakil MHO dan PKR Segambut menunjukkan laporan polis mengenai anaknya yang dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar.
Nur Aniyah Matramin berkata anaknya diperdaya kenalan lama yang menawarkan kerja pembinaan di Bangkok dengan gaji sebanyak RM10,000 seminggu.
PETALING JAYA: Seorang ibu merayu kerajaan membantu membawa pulang anak lelakinya yang dipercayai ditahan sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar, supaya mereka dapat menyambut hari raya bersama-sama tidak lama lagi.
Nur Aniyah Matramin, 54, berkata anak kelima daripada enam beradik itu pergi ke Bangkok, Thailand pada 10 Mac lalu untuk bekerja namun seminggu kemudiannya dia menerima pesanan suara menerusi Whatsapp dari anaknya mendakwa dia kini berada di Myanmar.
Katanya, dalam pesanan WhatsApp itu anaknya yang berusia 28 tahun memberitahu dia kini ditahan di satu lokasi di Myanmar dan dipaksa menjadi scammer.
“Anak saya juga dipaksa makan babi dan dipukul. (sindiket) Minta wang tebusan sebanyak USD8,000 (RM37,760) sekiranya mahu dia dilepaskan,” katanya dalam sidang media.
Turut hadir dalam sidang media itu wakil Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan wakil dari PKR Segambut.
Nur Aniyah berkata, kisah malang yang menimpa keluarganya bermula anaknya itu diajak bekerja oleh rakan lamanya yang menawarkan kerja pembinaan di Bangkok dengan gaji RM10,000 seminggu.
“Tentu kami tak bersetuju dan marah bila dia mahu pergi ke Bangkok sebab tahu tempat itu bahaya dan pernah ada kes dilaporkan sebelum ini. Tapi anak saya degil, tak dengar nasihat.
“Saya rayu MHO dan kerajaan dapat bantu selamatkan anak saya. Dia sangat berharap untuk menyambut hari raya bersama saya,” katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada juga yang percaya RM10k seminggu kerja pembinaan. |
|
|
|
|
|
|
|
anak makcik memang bodoh..takleh pikir ke seminggu rm10K tu keja camne adoi..bio lah mereput kat sana makcik..sebab balik pon tak juga..bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Adoiiii...depa ni duduk ceruk mana sampai senang2 kena tipu...dh berkali2 kluar berita pasal benda gini...tak reti2 ke ambik iktibar |
|
|
|
|
|
|
|
Msian 'KENA' di Myanmar.
Msian 'KENA JUGOK' oleh Myanmar di Msia.
Bodoh Msia worang-Myanmar |
|
|
|
|
|
|
|
10k tak dapat. Kena bayar 38k utk dia pulak. Takde hasil langsung, menyusahkan lagi ada. |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 26-3-2024 05:29 PM
Ada juga yang percaya RM10k seminggu kerja pembinaan.
Orang susah misti akan terpedaye punye.. Dia ape pon takde. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kesian wey. Tp kalau susah mcm mana pun stay la kat negara sendiri ja |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 26-3-2024 05:29 PM
Ada juga yang percaya RM10k seminggu kerja pembinaan.
Too good to be true...
Kalau betul la dik..takdelar rohinya bersabung nyawa naik tongkang semata mata nak dtg mesia dik..
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan segala urusan mereka sekeluarga, semoga ada jalannya utk dia balik ke Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Hati hitam I tak nak kesian kan mangsa. Cara semulajadi nak kurangkan populasi orang bodoh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|