CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8420|Reply: 0

[Tempatan] PMX, Anwar Ibrahim: Ruang berfikir, berkarya di Malaysia perlu lebih bebas

[Copy link]
Post time 26-3-2024 04:06 PM | Show all posts |Read mode
Anwar: Ruang berfikir, berkarya di Malaysia perlu lebih bebas

https://www.malaysiakini.com/news/700759

Bernama
Diterbitkan:  Mar 26, 2024 3:48 PM
Dikemaskini: 3:48 PM



Ruang untuk berfikir dan berkarya di negara ini menuntut satu suasana kebebasan yang lebih luas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata ia kerana Malaysia merupakan sebuah negara merdeka dan bukannya dijajah sehingga ada sekatan atau rasa terkongkong untuk mana-mana pihak menghasilkan karya mereka.

Dia berkata ruang yang diberikan itu termasuklah kebebasan untuk melakukan kritikan politik, mencurah idea kepada masyarakat serta berbicara perihal sejarah.

“Harus ada ruang, tapi bagi sang penguasa, saya pun kurang senang (kritikan), jadi harus ada kebijaksanaan dan kesabaran, kalau dunia ini terlalu mengongkong, karya akan terbantut walau kita beri apa sagu hati dan hadiah sekalipun.

“Curahan sasterawan, seniman itu juga tidak boleh diukur secara dari sudut terbatas kerana itu (karya) adalah keupayaan dia mencurahkan pemikiran gaya bebas, jadi mesti beri ruang,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu bertemakan Memperkasakan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan.

Anwar berkata dia juga mahu sektor pendidikan negara, baik pada sesi persekolahan atau pengajian tinggi untuk turut sama lebih memberi ruang kepada pelajar untuk berkarya.

“Saya beritahu Fadhlina dan menteri KPT (Kementerian Pendidikan Tinggi) bahawa sekolah dan universiti ini patut diberi ruang kerana menimba ilmu ini juga bermakna melatih pemikiran kritis mereka,” katanya.

Anwar turut mengambil contoh boria Pulau Pinang yang dahulunya dipersembahkan dengan alunan muzik segar diiringi pengisian mesej yang sangat kritis menyentuh aspek masyarakat, budaya termasuk pemimpin politik.

“Namun sebaik sahaja boria itu dijadikan corong budaya yang terbatas, corong propaganda, ia membosankan, tak lagi dapat menghasilkan boria tradisional yang sangat indah dan semula jadi yang diterima baik pendengar,” katanya.

Anwar turut menggesa DBP dan pihak-pihak berkaitan untuk memperhebat usaha dan kempen bagi menggalakkan generasi masa kini suka membaca.

-Bernama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.052187 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list