CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8099|Reply: 0

[Tempatan] Kempen antidadah kini guna slogan 'Tak Payah, Tak Nak', kata TPM Ahmad Zahid Hamidi

[Copy link]
Post time 26-3-2024 04:01 PM | Show all posts |Read mode
Kempen antidadah kini guna slogan 'Tak Payah, Tak Nak'

https://www.malaysiakini.com/news/700758

Shamz Johan
Diterbitkan:  Mar 26, 2024 3:29 PM
Dikemaskini: 3:29 PM



Kerajaan akan menggarap naratif baru bagi menggerakkan kempen membanteras gejala dadah di negara ini dengan memperkenalkan slogan baru - Tak Payah, Tak Nak.

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata pendekatan itu diambil kerana kerajaan menyedari berlaku perubahan trend dalam kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah ketika ini.

Katanya pelan komunikasi bagi membanteras kegiatan tersebut akan dilihat semula dengan mengambil kira aspek kos yang minimum namun menjanjikan kesan yang menyeluruh kepada masyarakat.

"Kempen antidadah ini akan dilaksanakan pada 2024 hingga 2025 yang berfokuskan kepada matlamat lebih baik mencegah dengan mesej 'pencegahan dadah bermula di rumah' serta menggunakan tagline (slogan) Tak Payah, Tak Nak," katanya pada sidang media sempena mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) di Bukit Aman hari ini.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut Ahmad Zahid, kajian menunjukkan keluarga menjadi faktor utama bagi melindungi mana-mana individu daripada terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Katanya kerajaan memutuskan untuk mengambil pendekatan komunikasi yang baru dan bukannya kaedah konvensional bagi membolehkan usaha mendekati kumpulan sasaran lebih berjaya.

"Benar, pencegahan mesti dilakukan tetapi pemulihan wajib dibuat segera kerana melihat pertambahan jumlah penagihan, ia bermula daripada pengedaran. Jadi mesti ada permintaan dan penawaran dalam hal ini.

"Oleh sebab itu, sistem komunikasi mesti mengambil kira kepada kumpulan sasaran yang berbeza dan kaedah medium komunikasi yang harus dilakukan," katanya.

Makmal baru terknologi terkini

Tambah Ahmad Zahid, kerajaan turut akan melihat langkah-langkah perundangan untuk tindakan penguatkuasaan undang-undang dengan lebih berkesan.

"Biarpun telah diperketatkan (undang-undang), namun masih ada loophole (kelompongan) dalam melaksanakan penguatkuasaan perundangan ini," katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengumumkan JKMD bersetuju secara dasar dengan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan tahap kecekapan serta kemudahan peralatan serta kapasiti makmal yang membuat pemeriksaan dan uji kaji dadah.

Cadangan tersebut katanya adalah bagi menaik taraf lapan makmal sedia ada masing-masing di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dengan anggaran kos berjumlah RM230 juta.

Ia turut melibatkan pembinaan enam makmal dadah baru bagi memastikan kelancaran dan keupayaan proses pengurusan kes-kes berkaitan dadah oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia.

"KKM akan menyediakan kertas jemaah menteri untuk memperolehi peruntukan bagi penggantian baru makmal dengan teknologi terkini untuk membuat uji kaji terhadap bahan-bahan (kandungan) dadah dan juga penyalahgunaan," katanya lagi.

Mesyuarat JKMD hari ini turut menjemput Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk membincangkan secara khusus mengenai status Rang Undang-Undang (RUU) Kawal Selia Platform e-Dagang.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah berkata RUU tersebut dilihat mampu mengukuhkan punca kuasa kawalan dan penguatkuasaan bagi mengekang penjualan dadah secara dalam talian terutama melalui platform e-dagang.

Sementara itu, Saifuddin berkata KPDN diberi tanggungjawab untuk mengkaji peruntukan undang-undang serta akta khusus untuk platform e-dagang bagi membantu usaha membanteras penjualan dadah dalam talian.

"Oleh kerana ini bentuk ancaman baru perolehan (pembelian) dadah maka ada keperluan untuk jawatankuasa ini melihat peruntukan dan akta sedia ada," katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.082323 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list