CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3914|Reply: 0

[Selangor] Tunggu keputusan cap jari pada bagasi berisi RM500,000

[Copy link]
Post time 26-3-2024 03:13 PM | Show all posts |Read mode

Shahrulnizam ketika sidang media berkaitan tangkapan kes ragut di Balai Polis Petaling Jaya. FOTO NUR IQBAL SYAKIR MOHD SALLEH

Petaling Jaya: Polis sedang menunggu keputusan cap jari pada bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara, di sini, bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, hasil pemeriksaan menemui kesan cap jari dan polis menghantarnya untuk dianalisa di makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kita masih menunggu keputusan cap jari dan setakat ini belum diperoleh.

"Pengarah syarikat terbabit juga masih belum tampil bagi membantu siasatan berkaitan penemuan bagasi berisi wang tunai itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, hari ini.


Harian Metro sebelum ini melaporkan pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di Damansara menemui bagasi berisi wang tunai di tempat letak kenderaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, siasatan mendapati beg itu berisi wang kertas not RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000.

Beliau berkata, polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) namun tidak memfokus kepada lokasi bagasi ditemukan dan meminta pemilik bagasi tampil berserta bukti jika ingin menuntut wang berkenaan.

Susulan itu, polis menerima laporan daripada sebuah syarikat yang mendakwa bagasi berkenaan milik mereka namun sehingga kini individu itu belum tampil dengan memberi pelbagai alasan seperti bermesyuarat dan sakit.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... asi-berisi-rm500000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.144052 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list