CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5797|Reply: 0

[Selangor] Lelaki maut ditumbuk warga asing

[Copy link]
Post time 26-3-2024 01:13 PM | Show all posts |Read mode

Seorang lelaki maut selepas dipukul lelaki warga asing di sebuah pusat hiburan di Sea Park, Petaling Jaya, di sini.

Petaling Jaya: Hanya kerana perselisihan faham ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Sea Park, di sini, seorang lelaki maut selepas ditumbuk warga asing, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, dalam kejadian 1 pagi itu, lelaki warga asing berusia 40-an terlanggar badan mangsa berusia 40-an sebelum berlaku pertengkaran.

Menurutnya, suspek yang tidak berpuas hati selepas mangsa ada menendangnya sedikit menyebabkan dia terus melepaskan tumbukan.

"Akibat tumbukan itu, mangsa terus terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia.



"Susulan itu polis menahan lelaki warga asing terbabit bagi membantu siasatan dan direman sehingga 29 Mac ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Shahrulnizam berkata, rakan mangsa yang terbabit dalam pergaduhan itu juga ditahan bagi membantu siasatan.

"Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... itumbuk-warga-asing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.047965 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list