CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5519|Reply: 0

[Perlis] Promosi Perlis cara Adib

  [Copy link]
Post time 26-3-2024 12:57 PM | Show all posts |Read mode
Promosi Perlis cara Adib


Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my



ADIB membalut buah harum manis. FOTO Ihsan Adib




Kangar: Keinginan memperkenalkan Perlis kepada orang luar mendorong Muhammad Adib Hashim memuat naik perkongsian apa saja yang menarik mengenai negeri kelahirannya itu di TikTok.

Perkongsian pemuda mesra disapa Adib dalam loghat utara juga menarik perhatian kerana tertarik melihat gayanya yang bersahaja.

Bercerita lanjut, Adib, 29, yang berasal dari Bukit Keteri, di sini, berkata, dia aktif di TikTok sejak tahun lalu dengan niat asal mempromosikan perniagaan harum manis yang ditanam di kebun keluarganya.

Tanpa disangka, perkongsiannya baru-baru ini mendapat perhatian dan Adib melihat ia peluang baik untuk mempromosikan perniagaan harum manis dan Perlis secara tidak langsung.

"Dulu, saya memang bantu arwah ayah usahakan kebun harum manis tapi ayah meninggal tahun lalu kerana Allah SWT lebih menyayanginya.

"Selepas pemergian ayah, saya dan keluarga teruskan usaha kebun serta perniagaan harum manis sampai sekarang.

"Memandangkan harum manis asalnya dari Perlis, jadi apa salahnya kongsikan pengetahuan mengenai buah itu di TikTok kerana mungkin ada tidak tahu ia sudah diwartakan serta sesuai ditanam di Perlis kerana iklimnya.

"Saya pula jenis ulat buku kerana suka membaca jadi mahu selit juga ilmu dalam setiap perkongsian," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Adib yang menuntut di peringkat Doktor Falsafah (PhD) Kejuruteraan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor berkata, dia tidak menyangka perkongsian ringkasnya itu mendapat perhatian hingga pengikutnya bertambah tidak sampai 24 jam.

"Waktu muat naik video itu, saya baru lepas balut buah dan dalam tempoh semalaman, saya dapat 1,000 pengikut baru.

"Menggelikan hati juga apabila baca komen mereka malah ada yang sampai teringin nak datang kerana belum pernah jejak Perlis.

"Penerimaan baik itu memberi idea sebenarnya untuk kongsi lebih banyak video memandangkan saya pun jenis suka teroka banyak tempat di Perlis.

"Daripada situ, saya dapat tahu ramai sebenarnya anak muda usahakan perniagaan cuma mungkin tak tular saja malah saya tak faham juga kenapa orang terlajak sampai ke Thailand tanpa singgah di Perlis sedangkan ada banyak tempat menarik," katanya yang juga mahu memperkenalkan lagi produk bakeri keluarannya.

Berhubung hala tujunya, Adib berkata, dia akan menghabiskan pengajian yang berbaki setahun enam bulan lagi.

"Saya minat dalam pendidikan dan perniagaan jadi akan fokus bantu keluarga usahakan kebun harum manis.

"Semua hasil didikan ayah yang sistematik juga saya ingat dan akan saya praktikkan," katanya.



Disiarkan pada: Mac 26, 2024 @ 12:47pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.059756 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list