View: 8353|Reply: 25
|
[Tempatan]
Syor tarik kerakyatan, denda RM100,000
[Copy link]
|
|
Syor tarik kerakyatan, denda RM100,000Mohd Faizul Haika Mat Khazi - 26 Mac 2024
SHAH ALAM - Kerajaan disaran meminda Akta Hasutan 1948 bagi memastikan hukuman lebih berat termasuk menarik balik kerakyatan dan denda RM100,000 kepada individu yang didapati menggunakan isu raja, agama dan kaum atau 3R sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati, kemarahan dan menyemarakkan api perkauman dalam kalangan rakyat Malaysia, pada masa depan.
Pensyarah Institut Pemikiran Islam dan Tamadun (Istac) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Profesor Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, antara kelompangan Akta Hasutan 1948 sekarang ialah hukuman sedia ada amat ringan dan gagal menghalang individu termasuk ahli politik dan orang awam daripada memainkan sentimen 3R.
Wan Ahmad Fauzi berkata, kelemahan lain ialah tiada elemen pendidikan di mana berdasarkan peruntukan sedia ada, seseorang individu didapati menghasut oleh mahkamah boleh dijatuhkan hukuman penjara minimum tiga dan maksimum tujuh tahun mengikut Seksyen 4(1) akta berkenaan.
Justeru, Wan Ahmad Fauzi berkata, akta yang diperkenalkan oleh pada 1948, kemudian dipinda selepas 13 Mei 1969 dan 2015 berkenaan perlu dipinda sekali lagi bagi memasukkan kombinasi dua elemen penting dalam penghukuman iaitu pencegahan dan pendidikan.
"Saya berpandangan ada beberapa penambahbaikan perlu dimasukkan dalam pindaan rang undang-undang (RUU) tersebut. Pertama, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman, (a) menjalani sesi kaunseling yang diseliakan oleh kerajaan tidak kurang sejumlah jam mengikut budi bicara mahkamah.
"Atau, (b) ditahan di pusat pemulihaan bersifat kenegaraan dan kemoralan selama tempoh tidak kurang daripada dua hari, atau kombinasi antara (a) atau (b) dengan hukuman penjara atau denda sehingga RM100,000, manakala bagi pesalah yang berulang, elok dipertimbangkan hukuman lucut kewarganegaraan," katanya ketika dihubungi wartawan Sinar Premium.
Antara pemimpin politik dan individu ternama yang pernah disiasat dan didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 termasuklah Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli; Pengerusi DAP, Lim Guan Eng; Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; aktivis Hishamuddin Rais, artis grafik Fahmi Reza, kartunis Zunar dan, penerbit The Edge, Ho Kay Tat.
Wan Ahmad Fauzi berkata, kerajaan juga perlu mengkaji untuk memperkenalkan mata pelajaran khusus di peringkat sekolah rendah awam dan swasta bagi memperkukuhkan perpaduan dan jati diri bangsa Malaysia dengan memberi penekanan kepada penghayatan Rukun Negara dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa milik semua warganegara serta menyuburkan perasaan cintakan tanah air.
Justeru, beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Perpaduan perlu bertindak segera untuk mengelakkan pengembangan doktrin yang menentang elemen 3R daripada berleluasa dan boleh menghancurkan masa depan negara seperti berlaku di luar negara.
GUGURKAN PERKATAAN 'MANA-MANA KERAJAAN'
Pakar Perlembagaan daripada Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof pula berkata, tiada keperluan untuk meminda Akta Hasutan 1948 kerana peruntukan sedia ada mampu membantu pihak berkuasa menangani isu 3R termasuklah menjaga kedudukan Raja-Raja Melayu.
Katanya, Seksyen 3(a) Akta Hasutan juga menjelaskan adalah menjadikan kesalahan jika seseorang individu mempunyai kecenderungan hasutan bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati, kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana Raja atau Yang di-Pertuan Agong atau kerajaan.
"Jadi saya nampak di sini sudah cukup elemen untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang menghina Raja-Raja Melayu, namun saya melihat perkataan 'mana-mana kerajaan' wajar digugurkan daripada Akta Hasutan kerana mengkritik kerajaan tidak boleh dianggap sebagai menghasut," katanya.
Muhammad Fathi menegaskan perkara paling penting dilakukan kerajaan adalah kejujuran dan ketelusan dalam menguatkuasakan Akta Hasutan 1948 atau dengan kata lain perlu ada asas kukuh bagi menyiasat dan mendakwa mana-mana individu terbabit.
"Jika seseorang itu hanya memberikan nasihat dan pandangan kepada Raja-Raja Melayu dan kerajaan maka ia tidak boleh dianggap sebagai menghasut. Selain itu, saya juga berharap kerajaan tidak menyalahgunakan Akta Hasutan 1948 sebagai 'senjata' untuk mendakwa musuh politik seperti pernah dialami mendiang Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Lim Guan Eng, pada tahun 1995.
"Jadi kita tidak mahu Kerajaan Madani turut dianggotai oleh bekas pemimpin pembangkang menggunakan Akta Hasutan 1948 bagi mengambil tindakan undang-undang terpilih terhadap musuh politik dan pemimpin pembangkang sekarang," katanya.
Beliau berkata, Akta Hasutan 1948 juga perlu diguna pakai secara bersama peruntukan undang-undang lain termasuklah Seksyen 298 - merangkumi kesalahan seseorang yang melukai hati penganut agama lain, perbuatan menghina, menimbulkan kebencian, mengganggu keharmonian kaum dan mendatangkan kemudaratan kepada negara.
"Saya rasa harapan rakyat sekarang ialah kerajaan mengambil langkah penguatkuasaan mengikut Akta Hasutan 1948 secara berkesan dan telus serta tidak disalahgunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu.
"Rakyat juga berharap kerajaan akan menggunakan Akta Hasutan 1948 bagi mengambil tindakan terhadap ahli akademik yang mengeluarkan kenyataan berdasarkan kajian terperinci atau dapat ilmiah seperti berlaku kepada Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong yang memberi pandangan mengenai sekolah jenis kebangsaan (SJK).
"Namun kenyataan itu disalahertikan sebagai salah satu kesalahan yang menimbulkan elemen menghasut.
Jadi bagi saya perkara itu bertentangan dengan kebebasan bersuara, tambahan pula ia berkaitan dengan perkembangan ilmu kerana universiti sebenarnya dilindungi oleh kebebasan akademik," katanya.
Berikutan itu, beliau berharap kerajaan akan memberikan kebebasan sepenuhnya kepada ahli akademik untuk bersuara selagi mana pandangan itu tidak berunsur hasutan dan tidak menjejaskan keharmonian serta perpaduan antara kaum di negara ini.
https://www.sinarharian.com.my/article/656597/berita/politik/syor-tarik-kerakyatan-denda-rm100000
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jangan tarik kerakyatan, hantar mereka ke Gaza |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau org melayu kena tarik citizenship..nak jadi rakyat mana pulak ek...china blh berambus balik mainland or migrate singkapork.. India blh balik India.. |
|
|
|
|
|
|
|
Based on kes yg lepas2 mostly akta ni terpakai kat Melayu aje. Bangsa lain lain biasanya sapu bawah karpet ataupun mintak maaf & lepas tu makan kuaci... |
|
|
|
|
|
|
|
khuenstttt..... kalo melayu laju je....
|
|
|
|
|
|
|
|
Melayu boleh la balik yindon.
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah, ramaik le orang parti bulan yg kena tarik kerakyatan nampaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 26-3-2024 01:30 PM
Wah, ramaik le orang parti bulan yg kena tarik kerakyatan nampaknya.
Lepas itu Pantai Timur akan menuntut kemerdekaan daripada Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Patani darul salam ke Medan Gajah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 26-3-2024 01:29 PM
Melayu boleh la balik yindon.
Yindon x suka melayu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 26-3-2024 02:08 PM
Patani darul salam ke Medan Gajah?
Darul Yurop. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 26-3-2024 01:29 PM
Melayu boleh la balik yindon.
Hello kaka..i just noticed, everytime u replied to my postings, i tak pernah dpt noti... something wrg eh..org lain punya elok je kluar noti...
I perasan u punya reply ni pun sbb i baca balik thread ni... A few times jugak lah i perasan sbb i baca balik komen2 kat thread tu...tgk u ada reply komen i..
Nape jadi gitu ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Samalah juga dengan yang pasang bendera Malaysia terbalik. Tarik kerakyatan mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Entahlah kaka, mungkin i ni bunian kut.
|
|
|
|
|
|
|
|
melayu hantar balik indon...sebab melayu asal usul pun dari indonesia kan
|
|
|
|
|
|
|
|
padan la muka! sbb melayu sendiri pun dok pandang hena kat indon..walhal keturunan toknenek sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
nw111 replied at 26-3-2024 12:32 PM
Kalau org melayu kena tarik citizenship..nak jadi rakyat mana pulak ek...china blh berambus balik ma ...
Nak ke mainland dgn Singapore ambik dorang ni? Warganegara dorang sendiri pun da rmi. Siap srh kurangkan membiak lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
asamfish replied at 26-3-2024 02:21 PM
melayu hantar balik indon...sebab melayu asal usul pun dari indonesia kan
Kalau I nak migrate Brunei lah...biar lah bosan pun life kat sana... |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 26-3-2024 02:29 PM
Nak ke mainland dgn Singapore ambik dorang ni? Warganegara dorang sendiri pun da rmi. Siap srh kur ...
Singkapork nak je kot kalau yg propesyenel tu..yg X propesyenel blh jadi cleaner |
|
|
|
|
|
|
| |
|