CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8142|Reply: 5

[Dunia] Pemain remaja meninggal dunia terkena sepakan

  [Copy link]
Post time 26-3-2024 09:21 AM | Show all posts |Read mode
Pemain remaja meninggal dunia terkena sepakan
Mac 26, 2024 @ 7:46am



Wassim Jazzar (terbaring) dilaporkan meninggal dunia serta merta selepas terkena sepakan di bahagian abdomen. - Foto AGENSI
ALGIERS, Algeria: Pemain bola sepak remaja meninggal dunia selepas terkena sepakan di bahagian abdomen dalam satu perlawanan di Algeria.

Wassim Jazzar, pemain 17 tahun yang mewakili kelab amatur di negara itu, terkena terjahan itu ketika bertembung dengan pertahanan lawan.

Ketika dia cuba mengeluarkan bola, perutnya terkena kaki lawan dan Jazzar rebah serta merta.


Pemain kelab amatur Algeria, Wassim Jazzar meninggal dunia selepas bertembung lawan. - Foto AGENSI


Pemain dari kedua-dua pasukan mengerumuninya sebaik permainan dihentikan.

Laporan media tempatan mengatakan tidak ada ambulans atau doktor sekitar padang berkenaan dan Jazzar terpaksa dikejarkan ke hospital menggunakan kereta.

Dia kemudian disahkan meninggal dunia akibat hentakan berkenaan.

Media Algeria melaporkan yang Jazzar meninggal dunia sejurus selepas terkena sepakan itu.

Berita kematian berkenaan hadir selepas bola sepak Colombia dikejutkan dengan pemergian Guillermo Beltran, yang tumbang ketika latihan.

Penyerang Real Santa Cruz itu mengadu pening dan mual sebelum rebah pada Jumaat.

Kakitangan kelab berkata mereka cuba memberi bantuan pernafasan kepada penyerang itu dan memanggil ambulans selepas usaha menyedarkannya semula gagal.

Beltran meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. - AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 01:15 PM | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 04:31 PM | Show all posts
Takziah pada keluarga.

Jangan lupa boikot bola.

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuat sangat la tu sepakannya Sampai Mati orang tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 02:58 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman post beksin kobid gini la.

Tersepak ka tertumbuk kuat siked terus boleh mati.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.078625 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list