CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4347|Reply: 1

Digantung 2 tahun angkara buat hal

[Copy link]
Post time 26-3-2024 08:50 AM | Show all posts |Read mode

GABRIEL Barbosa digantung dua tahun. FOTO AFP

Brasilia: Penyerang Flamengo, Gabriel Barbosa atau dikenali sebagai Gabigol digantung selama dua tahun kerana cubaan menipu semasa ujian doping, kata mahkamah sukan Brazil.

Gabigol, 27, didakwa menyukarkan keadaan semasa ujian mengejut anti-doping April tahun lalu di ibu pejabat kelab dekat Rio de Janeiro.

Semasa ujian itu, menurut media tempatan, Gabigol gagal mengikut jadual ditetapkan, tidak menghormati pegawai dan gagal mematuhi arahan.

"Atlet yang disebutkan telah dibicarakan hari ini oleh Mahkamah Anti-Doping Sukan dan secara majoriti diputuskan bahawa berlaku penipuan pelanggaran peraturan anti-doping," kata mahkamah dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP.


Hukuman itu yang mana boleh dirayu, akan bermula pada 8 April.

Rakan sepasukannya menjalani ujian pada waktu pagi, manakala dia tidak mengendahkan permintaan untuk hadir sebaliknya tampil selepas waktu makan tengah hari, menurut pertuduhan itu.

Apabila dia akhirnya tampil untuk melakukan ujian itu, Gabigol dilaporkan kecewa kerana seorang pegawai mengiringinya ke bilik air. Dia juga tidak menghormati protokol pengumpulan sampel.

Gabigol yang juga tonggak penting kepada kejayaan Flamengo memenangi gelaran liga dan Copa Libertadores pada 2019 bagaimanapun menafikan sengaja cuba menipu.

"Pemain Flamengo telah mengesahkan bahawa ujian telah dijalankan dan keputusannya negatif," kata peguamnya pada Disember, apabila dakwaan itu mula-mula muncul.

"Berdasarkan kepada maklumat ini, tiada apa-apa bukti yang boleh menjejaskan atau melanggar protokol," tambah peguam itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... un-angkara-buat-hal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 02:19 PM | Show all posts
2 tahun digantung disebabkan elak ujian doping
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 43569 Replies : 782
Edisi SELAMAT TINGGAL 2025
telracsEdisi SELAMAT TINGGAL 2025
Views : 757 Replies : 62
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1386 Replies : 681
Update:Belum Dibuka Tapi Restoran Khairul Aming Dah Dapat ‘Review’ Negatif Di Google
YgBenarUpdate:Belum Dibuka Tapi Restoran Khairu
Views : 771 Replies : 26
Dijangka harga emas naik sampai 2026, cecah RM14,980 seauns
RalineDijangka harga emas naik sampai 2026, ce
Views : 10091 Replies : 77
Sherie Merlis & Hasnul Rahmat Hanya Kawan Rapat, Nafi Ada Hubungan Istimewa – ‘Dia Sahabat Baik, Selalu Beri Sokongan’
RalineSherie Merlis & Hasnul Rahmat Hanya Kawa
Views : 11650 Replies : 2
Impian melancong ke Korea berkecai.Rakyat Malaysia ditahan 10 jam sebelum disuruh balik Malaysia
AbahmungImpian melancong ke Korea berkecai.Rakya
Views : 1850 Replies : 62
[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION - Jeon Do Yeon, Kim Go Eun, Park Hae Soo, Jin Sun Kyu ~ 5 December 2025
Rahah[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION -
Views : 561 Replies : 21
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 25453 Replies : 1529
Benda boleh bincang,buat apa gaduh,Isu Rita Rudaini disaman Ydp Muafakat,Dr Asyraf Wajdi panggil dua pihak isu perbalahan
YgBenarBenda boleh bincang,buat apa gaduh,Isu R
Views : 176 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2025 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.036526 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list