CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3781|Reply: 1

[Sarawak] Kebakaran hutan mula cemari udara

  [Copy link]
Post time 26-3-2024 06:20 AM | Show all posts |Read mode
Indeks Pencemaran Udara di stesen ILP Miri mencatatkan bacaan tidak sihat hari ini



Pasukan Bomba dibantu kakitangan agensi lain termasuk swasta gigih memadamkan kebakaran menggunakan sumber air dari kolam dan parit berhampiran.

MIRI: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di stesen ILP Miri hari ini mencatatkan bacaan 123, jam 10 pagi dan 114, jam 11 pagi iaitu pada paras tidak sihat sebelum turun ke paras sederhana jam 2 petang dengan bacaan 95.

Ini berikutan jerebu menyelubungi ruang udara di kawasan utara itu sebelah pagi, ekoran kesan kebakaran hutan di Kuala Baram dan Sungai Adong hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Balai Bomba Lopeng memberitahu, kebakaran hutan dan belukar di Sungai Adong merebak dalam keluasan 18 hektar.

"Pasukan Balai Bomba Lopeng dengan dibantu kakitangan sebuah syarikat memadamkan kebakaran menggunakan sumber air dari sebuah kolam untuk disalir ke sebuah parit berdekatan bagi membolehkan operasi pemadaman.

"Bomba berjaya memadam satu ekar daripada kebakaran itu dan operasi pemadaman terpaksa ditangguhkan atas faktor sudah gelap dan disambung semula hari ini (semalam)," katanya dalam satu kenyataan di sini malam Ahad.

Pasukan bomba dibantu seramai 18 pekerja sebuah syarikat swasta dan tiga anggota polis dari Balai Polis Lutong, 13 kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran dan dua lagi pegawai Jabatan Alam Sekitar dalam operasi pemadaman itu.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) meramalkan fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 29 Mac ini dan berterusan hingga Mei akan datang.
Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2023/24 bermula sejak 11 November tahun lalu.

"Semasa fasa peralihan monsun, rantau negara menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah kondusif untuk kejadian ribut petir lazimnya membawa hujan lebat serta angin kencang dalam jangka masa singkat.

"Kejadian ini berlaku terutama waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung Malaysia, barat Sabah serta selatan dan tengah Sarawak.

"Keadaan cuaca berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada strüktur tidak kukuh," menurut MET dalam kenyataan media semalam.

Dengan bermulanya fasa peralihan monsun, keadaan cuaca panas dan kering berlaku di kebanyakan tempat seluruh negara dijangka beransur pulih menjelang pertengahan April.

"Orang ramai dinasihatkan lebih waspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi jabatan.

"Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut," katanya.











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 02:22 PM | Show all posts
Semoga kita semua sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.053489 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list