CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3897|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak rekod penurunan jumlah kes penipuan

[Copy link]
Post time 26-3-2024 06:14 AM | Show all posts |Read mode


Mancha (dua kiri) pada sidang media di Bilik Media, IPK Sarawak, Jalan Badruddin hari ini. Turut kelihatan, Ibrahim (kiri).

KUCHING: Sarawak merekodkan penurunan jumlah kes penipuan bagi tempoh Januari hingga 23 Mac tahun ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, bagi tempoh 1 Januari hingga 23 Mac, sebanyak 451 kes penipuan dicatatkan berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu 552 kes.

Menurutnya, bagi tahun 2024, sebanyak 193 suspek berjaya ditangkap yang disyaki terlibat dalam jenayah tersebut.

"Kes penipuan itu menunjukkan penurunan sebanyak 101 kes iaitu 18.3 peratus," katanya pada sidang media di Bilik Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, Jalan Badruddin di sini hari ini.

Mancha memberitahu, jumlah kerugian bagaimanapun menunjukkan peningkatan pada tempoh berkenaan.

"Jumlah kerugian bagi kes penipuan dalam tempoh tersebut untuk tahun 2024 ialah RM20.1 juta manakala pada tahun 2023, adalah sebanyak RM15 juta.

"Ia menunjukkan peningkatan jumlah kerugian iaitu sebanyak RM5.1 juta atau 34 peratus," katanya.

Mengulas lanjut, kategori e-dagang antara kes penipuan yang banyak dilaporkan di Sarawak pada tahun ini.

"E-dagang melibatkan 141 kes membabitkan kerugian RM1.32 juta, pelaburan sebanyak 52 kes (RM11 juta) dan 49 kes ialah pinjaman tidak wujud (RM378,000)," jelasnya.

Sehubungan itu, Mancha menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan melaporkan kepada agensi yang berkaitan sekiranya menjadi mangsa penipuan.

Jelasnya, hubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 untuk menyekat transaksi yang berlaku dalam tempoh 24 jam.

Selain itu, muat turun aplikasi 'whoscall' melalui google Play Store atau Apple Store dan menyemak akaun bank suspek dengan aplikasi 'check scammers CCID' di laman web semak mule.rmp.gov.my

Dalam pada itu, orang ramai boleh melayari akaun rasmi media sosial Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Facebook, Instagram dan TikTok untuk mendapatkan modus operandi penipuan.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Ibrahim Darus, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Superintenden Maria Rasid dan pegawai yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.251785 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list