CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3975|Reply: 0

[Sarawak] Tujuh lelaki ditahan terlibat judi sabung ayam di Julau

[Copy link]
Post time 26-3-2024 06:10 AM | Show all posts |Read mode


Tujuh lelaki ditahan kerana dipercayai terlibat kegiatan perjudian pertaruhan sabung ayam di Julau semalam.

JULAU: Tujuh lelaki ditahan pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau kerana dipercayai menjalankan kegiatan aktiviti perjudian pertaruhan sabung ayam.

Ketua Polis Daerah Julau DSP Andam Sulin berkata, lelaki-lelaki yang ditangkap itu berusia dalam lingkungan 19 hingga 64 tahun.

"Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Julau, jam 2.30 petang kelmarin melakukan serbuan di sebuah kawasan tanah lapang ladang kelapa sawit di Julau.

"Ketika serbuan, sekumpulan kaki sabung menyedari kehadiran pasukan polis dan bertindak melarikan diri ke kawasan hutan.

"Selain menangkap tujuh lelaki, polis juga merampas dua ekor ayam hidup, seekor ayam mati, alat penimbang, kotak tertulis jadual pertaruhan, sebilah taji, satu meja kayu serta kain holo, satu kong holo serta dadu dan wang tunai RM495," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, semua tangkapan dan rampasan disiasat di bawah Seksyen 73(1)(g) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

Katanya, jika sabit kesalahan semua suspek boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.  

"Kes ini turut disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 jika sabit kesalahan boleh didenda RM6,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

"Polis tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjalankan kegiatan perjudian pertaruhan sabung ayam dan perjudian lain terutama di kawasan Julau dan Pakan," jelasnya.

Orang ramai juga diseru agar menyalurkan sebarang maklumat kegiatan jenayah kepada polis.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.113316 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list