CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4040|Reply: 0

[Sarawak] Penduduk Long Watt akhirnya menikmati bekalan air bersih

[Copy link]
Post time 26-3-2024 06:08 AM | Show all posts |Read mode


Dennis (empat kanan) membuka paip air simbolik perasmian dan penyerahan projek bekalan air graviti kepada penduduk rumah panjang Long Watt di Apoh, Baram.

MIRI: Penduduk Long Watt akhirnya menikmati bekalan air bersih yang disalur terus ke rumah mereka berikutan siapnya projek naik taraf sistem graviti dibangunkan dengan tenaga kerja dan kepakaran sukarela.

Projek bekalan air graviti yang disokong kerajaan negeri itu dengan pembiayaan untuk pembelian bahan dan perbelanjaan aktiviti gotong-royong oleh sukarelawan daripada Yayasan Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur (IYCKL) di bawah Kementerian Belia dan Sukan, Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MHM) dan penduduk Kampung Long Wat, berjaya dilaksanakan dengan kos RM800,000.

“Pada 2019, doa saya untuk kawasan saya termakbul apabila Premier bersetuju meluluskan dana membeli bahan-bahan bagi projek perintis Long Puak di Hulu Baram,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dato Dennis Ngau pada majlis penyerahan projek air bersih di Long Watt dekat sini semalam.

Projek saluran paip dan tangki simpanan air itu merupakan program pembangunan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Miri, Pusat Khidmat Masyarakat Telang Usan, Yayasan IYC Kuala Lumpur, MHM dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Long Suling dan Long Watt.

"Kerjasama dan sokongan penduduk kampung membolehkan pasukan itu menyiapkan projek tersebut dalam tempoh dua bulan dan lebih awal daripada jadual.

"Ini termasuk mengangkut paip sepanjang 3.5 kilometer, simen, tangki simpanan air dan bahan lain dari Miri ke lokasi masing-masing dan kerja-kerja kejuruteraan termasuk pemasangan pam kinetik," jelas beliau.

Long Wat adalah sebuah perkampungan Kayan-Kenyah yang terletak kira-kira empat jam perjalanan menaiki kenderaan 4WD dari Miri.

Semalam rumah panjang 100 pintu itu sudah mulai menikmati air bersih dan majlis penyerahan projek itu disempurnakan wakil rakyat kawasan itu, Dennis  kepada Ketua Kaum Nawan Deng.

"Saya sangat teruja kerana kami akhirnya mempunyai air bersih di kampung kami," kata Nawan sambil mengucapkan terima kasih kepada semua terlibat dalam projek itu.

Turut hadir Timbalan Residen Bahagian Miri Juan Ubit, wakil IYC KL dan MHM, sukarelawan pelbagai negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Mereka turut berbangga kerana melaksanakan misi kemanusiaan itu dengan penuh kasih sayang dan ketabahan dalam semangat kerjasama dengan masyarakat setempat.

Projek serupa seterusnya dalam senarai pelancaran untuk tahun ini ialah Kampung Long Na’ah dan Long Apu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.256190 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list