CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4206|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak sokong hasrat bantu rakyat menerusi PADU

[Copy link]
Post time 26-3-2024 06:03 AM | Show all posts |Read mode


SHARIFAH HASIDAH

"Pada dasarnya Kerajaan Sarawak menyokong hasrat murni kerajaan persekutuan untuk memastikan sumber kerajaan bagi membantu Rakyat Malaysia disalurkan dengan berkesan.”

Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri dan Persekutuan)

KUCHING: Kerajaan Sarawak pada dasarnya menyokong hasrat murni kerajaan persekutuan membantu rakyat memerlukan menerusi pelaksanaan Pangkalan Data Utama (PADU).

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri dan Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali bagaimanapun berkata, ia harus dilakukan dengan penuh berhati-hati bagi mengelak individu yang layak tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar.

Menegaskan perkara itu beliau berkata ia penting bagi memastikan rakyat Malaysia yang layak tidak dipinggirkan daripada menerima subsidi bersasar dengan melihat kedudukan kewangan dan kesejahteraan ekonomi individu.

"Pada dasarnya Kerajaan Sarawak menyokong hasrat murni kerajaan persekutuan untuk memastikan sumber kerajaan bagi membantu Rakyat Malaysia disalurkan dengan berkesan.

"Bagaimanapun ia harus dilakukan secara berhati-hati. Penyatuan data peribadi semua rakyat Malaysia dalam satu pangkalan data pusat perlu dilengkapi dengan tahap  keselamatan dan perlindungan data yang tertinggi," katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Sharifah Hasidah berkata, bagi menentukan subsidi bersasar, maklumat ekonomi dan kedudukan kewangan sangat penting tetapi tidak sehingga mendedahkan atau menunjukkan profil peribadi yang tidak perlu dalam menentukan seseorang itu layak sebagai penerima (subsidi bersasar).

Beliau juga berkata ketika ini masih tidak ada undang-undang khusus bagi melindungi privasi peribadi rakyat jika mereka mendaftar dalam PADU.

Beliau berkata tanpa undang-undang khusus data peribadi rakyat berisiko mengalami kebocoran, pelanggaran dan menjadi mangsa penipuan dalam talian (scam).

"Tidak seperti bidang kuasa lain, Malaysia tidak ada undang-undang khusus seperti Akta Privasi bagi melindungi privasi peribadi, kecuali Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) yang mengawal selia pemprosesan data peribadi berkaitan transaksi komersial serta menyediakan prinsip-prinsip perlindungan data termasuk persetujuan, had tujuan dan keselamatan data," jelasnya.

Menurutnya disebabkan PDPA merupakan satu-satunya undang-undang utama berkaitan perlindungan data di Malaysia, sehingga kini PDPA sering dijadikan rujukan perkara berkaitan perlindungan data dan privasi.

"Inilah salah tanggapan umum, bahawa PDPA adalah undang-undang hak privasi.

"Walaupun privasi dan data peribadi boleh saling berkaitan, PDPA adalah sempit dalam aplikasinya kerana ia berkaitan dengan privasi data privasi bertentangan dengan hak privasi secara umum," ujarnya.

Sharifah Hasidah menambah, meskipun tiada prinsip mengenai hak privasi di Malaysia, kes Mahkamah Persekutuan, Sivarasa Rasiah menentang Badan Peguam Malaysia & Anor (2010) 3 CLJ 507 berpendapat bahawa hak untuk kebebasan privasi di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan memasukkan hak privasi.

Beliau menegaskan dengan undang-undang yang terhad mengenai perlindungan dan privasi data, maka wujud kebimbangan mengenai kesediaan seseorang itu  berkongsi data dan maklumat peribadi mereka di Malaysia.

"(Justeru) kebimbangan yang dinyatakan Kerajaan Sarawak dan masyarakat umum (berhubung aspek keselamatan data) adalah sah kerana kes-kes berkaitan pelanggaran data, kebocoran data dan penipuan berleluasa pada masa kini.

Justeru, katanya penjelasan daripada Kementerian Ekonomi Malaysia diperlukan berhubung aspek keselamatan pelaksanaan dan protokol berkaitan bagi membolehkan Kerajaan Sarawak menyokong penuh inisiatif kerajaan persekutuan itu.

Ini penting kerana Kerajaan Sarawak juga perlu melindungi kepentingan rakyatnya, tambah Sharifah Hasidah.

Baru-baru ini Kerajaan Sarawak mengeluarkan arahan agar pendaftaran dan kemas kini PADU di Sarawak ditangguhkan.

Pada Jumaat (22 Mac 2024) media melaporkan Residen Sri Aman Abang Mohamad Porkan Abang Budiman mengesahkan telah mengeluarkan memorandum meminta pentadbir bahagian untuk tidak mendaftarkan butiran dalam PADU sehingga notis pemberitahuan.

Beliau berkata pekeliling yang telah diedarkan secara meluas itu ditujukan kepada pegawai daerah dan pegawai tadbir di bahagian itu dan bukannya kepada orang lain di luar Sri Aman.

“Ia dikeluarkan dengan niat yang baik demi rakyat kita.

"Kita boleh mendaftar dengan PADU sekali lagi apabila terdapat arahan yang jelas daripada pihak berkuasa negeri selepas mengkaji hasrat PADU dan ciri keselamatannya," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.565643 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list