CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4360|Reply: 0

[Sarawak] 2,417 penerima terima sumbangan menerusi Program Sejambak Kasih Aidilfitri

[Copy link]
Post time 26-3-2024 05:58 AM | Show all posts |Read mode


Mohamad Akif Mohd Norhaizan, 8, ditemani ibunya Rosma Daud (dua kiri) menerima bantuan kerusi roda sumbangan JKMS yang disampaikan oleh Razi (empat kiri) pada majlis itu hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Seramai 2,417 penerima dari bahagian Samarahan menerima sumbangan menerusi Program Sejambak Kasih Aidilfitri di Masjid Al-Muttaqin Bahagian Samarahan.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Kesejahteraan Komuniti Datuk Mohammad Razi Sitam pada majlis simbolik yang dihadiri 150 penerima bantuan bulanan kebajikan bahagian Samarahan.

"Sejambak Kasih Aidilfitri adalah untuk meringankan beban kewangan serta menceriakan penerima bantuan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Ia juga membantu meningkatkan kualiti hidup di kalangan keluarga yang kurang berkemampuan," katanya sewaktu berucap pada majlis berkenaan hari ini.

Para penerima membawa pulang hamper bernilai RM80 dan wang tunai RM100 masing-masing. Sementara yang tidak hadir akan didepositkan wang ke akaun masing-masing.

Pada majlis yang sama, Razi berkata Kerajaan Sarawak melalui program yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) telah membelanjakan RM1,662,400 bagi 16,624 penerima untuk 12 bahagian di Sarawak.

Menerusi jumlah itu Kuching mempunyai 4,524 orang penerima, Samarahan (2,486), Serian (349), Sri Aman (734), Betong (2,216), Sarikei (359), Sibu (759), Mukah (2,374), Kapit (98), Bintulu (601), Miri (967) dan Limbang (1,157).

Dalam perkembangan lain, bermula Januari hingga Februari 2024, JKMS telah menyalurkan perbelanjaan sebanyak RM42,963,250 untuk 54,040 penerima bantuan bulanan di seluruh Sarawak.

"Ini merupakan peruntukkan bantuan yang paling besar dan pecahan bantuan ini termasuk Bantuan Warga Emas (BWE), Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Top Up (Kerajaan Negeri) , Bantuan Am (BA), Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU), Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar (BPT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Bantuan Anak Pelihara (BAP) dan Bantuan Belia-Beliawanis (BBB).

Pada masa yang sama, bemula Januari hingga Mac 2024, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan telah menyalurkan perbelanjaan sebanyak RM1,392,230 untuk 3,582 penerima bantuan bulanan di Samarahan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.266032 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list