CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4387|Reply: 0

[Sarawak] PBSM sentiasa bantu kerajaan sedia perkhidmatan kemanusiaan kepada masyarakat yang memerlukan

[Copy link]
Post time 26-3-2024 05:57 AM | Show all posts |Read mode


Dr Sim menerima cenderamata daripada Dr Chan pada Majlis Menandatangani Perjanjian Amal Antara PBSM Sarawak dan Thien Lee Marketing Sdn Bhd di Kuching. - Gambar UKAS

KUCHING: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Sarawak sentiasa membantu kerajaan menyediakan perkhidmatan kemanusiaan kepada masyarakat yang memerlukan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, bantuan ini termasuk ketika negara menghadapi pandemik COVID-19.

Menurutnya, PBSM Sarawak adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi sukarelawan yang diwujudkan pada Disember 1947 iaitu sebelum penubuhan persekutuan Malaysia pada 1963.

“Sehingga kini, organisasi ini sentiasa membantu orang yang kurang bernasib baik tanpa mengira bangsa dan agama.

“Terima kasih kepada PBSM Sarawak atas dedikasi dan usaha berterusan mereka ini,” katanya dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Menandatangani Perjanjian Amal Antara PBSM Sarawak dan Thien Lee Marketing Sdn Bhd di sini semalam.

Program tersebut merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Thien Lee Marketing Sdn Bhd sebagai komitmen terhadap kebajikan sosial yang lebih luas melangkaui margin keuntungan, bergema dengan pelanggan yang mengutamakan nilai etika.

Pada majlis itu, Dr Sim menyaksikan majlis menandatangani perjanjian amal antara PBSM Sarawak dan Thien Lee Marketing Sdn Bhd.

Turut hadir ialah Pengerusi PBSM Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan Pengarah Thien Lee Marketing Sdn Bhd Allen Ho Hau Lun.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.060395 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list