CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16180|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang mahu keluarkan Beras Cap Feri

[Copy link]
Post time 25-3-2024 06:22 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang mahu keluarkan Beras Cap Feri

25 Mac 2024 05:28pm







Gambar hiasan




GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang merancang untuk mengeluarkan produk beras atas jenama Beras Cap Feri, untuk dijual pada harga lebih murah berbanding kadar pasaran makanan ruji itu ketika ini.

Pengerusi Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Pulau Pinang, Fahmi Zainol berkata, Beras Cap Feri itu, akan mula dipasarkan dalam tempoh dua bulan lagi bagi membolehkan rakyat negeri itu dapat membelinya pada harga lebih murah.



"Pada Mesyuarat Exco (Pulau Pinang) yang lepas, telah bersetuju memutuskan kerajaan negeri akan mengeluarkan beras sendiri iaitu Beras Cap Feri dan hari ini saya mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Pemandu Beras Pulau Pinang.

"Kita fokus dalam tempoh dua bulan lagi Beras Cap Feri akan dipasarkan dan berapa harga serta kuantiti akan ditentukan dalam mesyuarat seterusnya, paling penting kerajaan cuba sedaya menawarkan harga yang murah berbanding di pasaran,” katanya kepada Bernama pada Isnin.



Fahmi berkata, mesyuarat pertama itu, melibatkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan(FAMA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Jabatan Pertanian Negeri dan Kawal Selia Padi Beras.

Fahmi berkata, perbincangan lanjut berhubung pengeluaran produk beras itu bersama agensi persekutuan dan negeri, akan dilanjutkan dalam mesyuarat kedua serta kerajaan negeri berharap ia mendapat sokongan dan kerjasama oleh semua pihak. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.075336 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list