CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7558|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Bungkus semula dadah dalam pek makanan segera

[Copy link]
Post time 25-3-2024 05:00 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Polis membongkarkan taktik menyorokkan dadah syabu dalam bungkusan makanan segera selepas menahan tiga individu termasuk seorang wanita warga asing secara berasingan di sini, Sabtu lalu.

Malah bekalan dadah itu diperoleh dari negeri di utara dengan memesannya menggunakan aplikasi Telegram.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, dalam serbuan pada jam 12 tengah malam itu, polis menahan dua lelaki tempatan berusia 28 dan 34 tahun di sebuah kedai serbaneka di sebuah kondominium.

"Susulan tangkapan itu, kita menahan seorang wanita warga asing berusia 39 tahun di sebuah unit kondominium sama.


"Kita juga merampas dadah syabu anggaran berat 15,735 gram bernilai RM503,520," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sini, hari ini.

Zam Halim berkata, sindiket terbabit dipercayai aktif sejak lima bulan lalu dan menjadikan kondominium mewah yang dikawal oleh pengawal keselamatan sebagai tempat penyimpanan dadah.

"Bekalan dadah itu dipercayai diperoleh daripada pengedar tempatan dari utara semenanjung melalui aplikasi Telegram, sebelum dibungkus semula dalam bungkusan makanan segera, kemudian diedarkan untuk pasaran sekitar Lembah Klang," katanya.

Beliau berkata, suspek tidak memiliki pekerjaan tetap itu menjadikan kegiatan pengedaran dadah sebagai punca pendapatan utama.

"Ahli sindiket berkenaan menerima upah sebanyak RM15,000 hingga RM20,000 untuk mengedar. Siasatan lanjut kesemua suspek tiada rekod jenayah dan urin juga negatif," katanya.

Zam Halim berkata, pihaknya masih mengesan ahli sindiket lain yang terbabit yang mana suspek wanita masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial kira-kira tiga minggu lalu.

"Kesemua individu itu ditahan reman selama lima hari sehingga Rabu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1957.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang boleh menghubungi IPD Cheras di talian 03-92050222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2155999," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pek-makanan-segera
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.282250 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list