CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7298|Reply: 0

[Pulau Pinang] PDC cadang suntik 'nafas baharu' buat Komtar

  [Copy link]
Post time 25-3-2024 05:00 PM | Show all posts |Read mode
PDC cadang suntik 'nafas baharu' buat Komtar


Siti Aminah Mohd Yusof
am@hmetro.com.my



KOMPLEKS Tun Abdul Razak (Komtar). FOTO Arkib NSTP




Bayan Lepas: Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sedang menggerakkan usaha untuk 'menghidupkan' kembali Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Aziz Bakar berkata, pihaknya sudah melantik syarikat perunding untuk melakukan penilaian dan pemerhatian terhadap pembangunan bangunan ikonik terbabit.

"Kita akan mempertingkatkan usaha untuk menceriakan Komtar termasuk melakukan pengezonan untuk melihat aktiviti yang sesuai dan perlu dibawa supaya suasana Komtar ini lebih 'hidup'.

"Kita jangka dalam tiga bulan lagi, kita sudah boleh mendapatkan laporan cadangan daripada konsultan untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Menurutnya, pihaknya turut akan mengadakan sesi libat urus bersama pemilik dan penyewa unit perniagaan di Komtar termasuk penduduk di kawasan berkenaan.

Katanya, ia sebagai cara untuk melihat apakah langkah terbaik boleh dilaksanakan untuk merealisasikan hasrat terbabit.

"Ini memandangkan Komtar turut melibatkan pemilik-pemilik unit persendirian dan bukannya 100 peratus milik PDC selain ada yang telah diswastakan.

"Jadi, kita akan dapatkan maklum balas dan melibatkan mereka dalam perbincangan sebelum memutuskan apakah yang terbaik untuk kita bawakan di Komtar," katanya.

Sebelum ini, Komtar adalah pusat beli-belah yang sibuk pada 1980-an dan 1990-an, sebelum daya tarikannya semakin merosot.

Bangunan 68 tingkat itu kini berperanan sebagai pusat pentadbiran kerajaan Pulau Pinang, selain menempatkan kemudahan lain seperti bank dan pejabat pos.



Disiarkan pada: Mac 25, 2024 @ 4:43pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.268286 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list