CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6808|Reply: 0

[Selangor] Fasa peralihan monsun mula 29 Mac, cuaca panas beransur pulih

[Copy link]
Post time 25-3-2024 04:55 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 29 Mac ini dan berterusan sehingga Mei 2024.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2023/24 yang telah bermula sejak 11 November lalu.

Menurutnya, semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir, lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat.

“Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta selatan dan tengah Sarawak.

“Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dengan bermulanya fasa peralihan monsun, keadaan cuaca panas dan kering yang sedang berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara dijangka beransur pulih menjelang pertengahan April.

Katanya, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... nas-beransur-pulih/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.243700 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list