CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5654|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Polis tahan artis veteran pukul abang ipar

[Copy link]
Post time 25-3-2024 04:44 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang artis veteran yang didakwa memukul abang iparnya di sebuah flat perumahan yang terletak di Bandar Tun Razak, di sini, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, pergaduhan antara mangsa dan suspek dipercayai berlaku akibat perselisihan faham.

Menurut beliau, suspek telah bertindak mencederakan mangsa di bahagian kepala serta badan menggunakan sebatang besi panjang.

“Bertindak atas maklumat, pada 25 Mac pukul 12.01 malam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras telah membuat tangkapan ke atas suspek yang berusia 64 tahun di pekarangan IPD Cheras.

“Suspek ditahan reman empat hari bermula 25 hingga 28 Mac di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan, seorang artis veteran juga seorang peserta sebuah program realiti hiburan popular telah ditahan polis selepas disyaki memukul abang iparnya menggunakan batang besi di sebuah flat di Bandar Tun Razak, Ahad lalu.

Akibat daripada kejadian tersebut, mangsa mengalami pendarahan di bahagian kepala dan menerima dua jahitan, bengkak mata kiri, lebam di tangan kiri dan luka di tangan kanan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... n-pukul-abang-ipar/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.053765 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list