CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4648|Reply: 0

[Kedah] 'Kami rindu nasi ayam air tangan ibu' - Anak

[Copy link]
Post time 25-3-2024 04:10 PM | Show all posts |Read mode

Nurul Fatin Hanani Azmi, 23 bersama adiknya Adam Irfan, 15, melihat gambar arwah ibu bapa mereka yang maut dalam kemalangan 11 Januari lalu. FOTO Noorazura Abdul Rahman

Alor Setar: "Setiap kali memasak untuk adik-adik berbuka puasa, saya pasti menangis terkenang arwah ibu dan ayah. Suasana Ramadan kali ini suram tanpa mereka," kata Nurul Fatin Hanani Azmi, 23.

Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang itu berkata, dia menggalas tugas sebagai 'ibu' selepas kematian ibu bapanya akibat kemalangan pada 11 Januari lalu.

Menurutnya, adik bongsunya Adib Ieman Mohd Norzianal, 8, masih tercari-cari kedua ibu bapa mereka sekali gus menambahkan rasa sedih di hatinya.

"Kami adik-beradik rasa tak seronok langsung Ramadan kali ini, suasana memang rasa lain, Ramadan kali ini saya yang akan masak dengan dibantu adik-adik.


"Selalunya ibu akan masak nasi ayam. Menu ini memang kegemaran kami sekeluarga, malah untuk hari raya pula ibu akan berjaga sampai pagi untuk sediakan makanan.

"Kebiasaannya menu wajib setiap tahun adalah rendang ayam dan bihun sup, tapi sekarang semuanya sudah tiada," katanya ketika ditemui selepas Majlis Ramadan Kita Kedah dan Wakalah Zakat Perniagaan, di sini, hari ini.

Nurul Fatin antara 123 asnaf yang menerima sumbangan berupa makanan dan wang tunai anjuran E Idaman Sdn Bhd dengan kerjasama Kelab Media Elit Kedah (KMEK) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Hadir bagi menyerahkan sumbangan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman Zaki Abdul Aziz Daud.

Dalam kejadian 1 pagi itu, Mohd Norzianal, 46, dan isterinya, Suhana Othman, 43, meninggal dunia selepas motosikal Duke KTM dinaiki mereka melanggar tiang elektrik dipercayai ketika cuba mengelak babi melintas bersebelahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Pasangan itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

Kejadian itu menyebabkan lima beradik iaitu Nurul Fatin, Aida Batrisya, 17, Alya Batrisya, 16, Adam Irfan, 15 dan Adib Ieman menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.

Sementara itu, penerima lain Muhammad Alif Irfan Ridzuan, 17, berkata kematian ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya pada 23 September tahun lalu memberi kesan mendalam terhadap dirinya.

Menurutnya, sehingga kini dia tidak berani keluar rumah bersendirian tanpa ditemani sesiapa dan hanya keluar untuk menunaikan solat Jumaat di masjid.

"Saya hanya ada di rumah bersama adik-adik selepas balik sekolah, saya takut berlaku kemalangan seperti ibu bapa saya... adik bongsu Muhammad Ridz Danial, 6, sering bertanya ibu ayah di mana?

"Saya terpaksa jawab mereka ada di syurga, saya dan adik-adik sangat rindukan masakan ibu di bulan Ramadan, selalunya ibu akan masak nasi goreng dan sambal ayam," kata anak kedua daripada empat beradik itu.

Katanya, bagi menghilang rasa rindu kepada kedua ibu bapa mereka, dia bersama adik-adik akan menziarahi pusara mereka setiap pagi Jumaat selain membaca surah Yasin.

Sebelum ini, media melaporkan suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka merempuh belakang trak tentera sebelum terbakar di Kilometer 87.0 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungai Petani.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... air-tangan-ibu-anak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.055971 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list