CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4288|Reply: 0

[Kedah] Kilang besar tawarkan harga lebih tinggi, bayaran pendahuluan jualan kepada pesawah

[Copy link]
Post time 25-3-2024 03:52 PM | Show all posts |Read mode

Foto NSTP

ALOR SETAR: Jawatankuasa Bertindak Petani MADA mengesahkan majoriti pesawah tempatan sememangnya menjual hasil padi mereka kepada pengilang besar kerana tawaran harga belian yang tinggi selain ada yang terikat dengan hutang.

Pengerusinya, Che Ani Mat Zain, berkata tradisi menjual hasil padi kepada pengilang besar terutama di Kedah bermula sejak negara belum mencapai kemerdekaan lagi, sebelum muncul pengilang Bumiputera yang turut membeli padi seperti ketika ini.

Beliau berkata, tidak mengejutkan apabila pengilang besar memonopoli pembelian hasil padi kerana ramai pesawah berasa selesa menjual kepada kilang berkenaan dengan mereka turut memberi manfaat sampingan selain hasil jualan padi.

"Pesawah jual hasil kepada kilang besar memang sudah lama berlaku kerana mereka menguasai perniagaan jual beli padi secara tradisi dan mampu tawarkan harga lebih tinggi sehingga mungkin ada tiga generasi pesawah jual padi kepada pengilang sama.


"Contohnya harga belian padi semasa adalah RM1,750 per tan, tetapi ada pengilang besar tawarkan harga sehingga RM1,900 per tan, sudah semestinya pesawah akan jual pada pengilang yang tawar harga lebih tinggi kerana mahu untung.

"Broker pengilang besar ini pula dua bulan sebelum musim menuai bermula sudah masuk ke kampung cari pesawah dan tawarkan bayaran pendahuluan jualan hasil padi, makna secara automatik pesawah yang ambil bayaran pendahuluan menjadi terikat," katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Che Ani berkata, adalah sukar bagi menghalang pesawah menjual hasil padi kepada pengilang besar kerana ia tidak menyalahi undang-undang selain ia mengikut urusan jual beli yang sah.

Katanya, sekiranya kerajaan benar mahu memecahkan monopoli pengilang besar, maka seharusnya pengilang Bumiputera mengikut langkah sama atau kerajaan memberikan insentif khas kepada pesawah yang menjual padi kepada mereka.

"Pengilang besar memiliki sesuatu yang tidak dimiliki pengilang Bumiputera iaitu kemampuan kewangan yang besar sehingga mampu menawarkan 'insentif' kepada pesawah yang menjual padi kepada mereka.

"Pengilang sama juga membenarkan pesawah mengambil benih padi, racun dan baja terlebih dahulu selain mereka menawarkan sewaan jentera dan lori dengan semua bayaran akan ditolak selepas hasil jualan padi diperolehi.

"Ini bermakna pengilang besar sudah menguasai keseluruhan sistem rantaian pengeluaran padi bermula dari waktu menanam sehingga menjual padi mereka sudah mengawal pesawah sejak sekian lama," katanya.

BH dalam laporannya semalam, mendedahkan hanya lima peratus atau 7,000 daripada 140,000 tan beras tempatan berada di kilang kecil pemprosesan padi milik Bumiputera, manakala selebihnya dipegang kilang besar.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Persatuan Pengilang Beras Bumiputera Malaysia (PPBMM), Musonnef Md Radzi yang meminta kerajaan menetapkan kuota belian padi agar pengilang kecil dapat sama membeli padi selain bagi membolehkan mereka kembali bernafas.
https://www.bharian.com.my/berit ... -pendahuluan-jualan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.055417 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list