CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3117|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Fasa peralihan monsun bermula 29 Mac ini

[Copy link]
Post time 25-3-2024 02:15 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Fasa peralihan monsun dijangka bermula 29 Mac ini dan berterusan sehingga Mei depan.

Fasa itu akan menyaksikan negara menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir, lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata permulaan fasa itu menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2023/24 yang bermula sejak 11 November lalu.

"Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta selatan dan tengah Sarawak.


"Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh," katanya dalam kenyataan itu.

Helmi menasihatkan orang ramai untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh METMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi jabatan.

"Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -bermula-29-mac-ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.107788 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list