View: 3862|Reply: 10
|
[Dunia]
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura hadapi 8 lagi tuduhan
[Copy link]
|
|
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura hadapi 8 lagi tuduhan
https://www.bharian.com.my/dunia ... dapi-8-lagi-tuduhan
Mac 25, 2024 @ 10:53am
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran (kiri) meninggalkan bangunan mahkamah di Singapura. - Foto AFP
SINGAPURA: Bekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, menghadapi lapan lagi pertuduhan baharu di mahkamah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 35 tuduhan terhadapnya setakat ini.
Tuduhan terbaharu adalah di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang menjadikannya satu kesalahan bagi penjawat awam untuk menerima hadiah daripada seseorang yang terlibat dengan mereka dalam urusan rasmi.
Ketika ditanya oleh Hakim Daerah Brenda Tan, Iswaran berkata beliau mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tambahan itu.
Pada 25 Mac, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), dalam satu kenyataan berkata, Iswaran selaku penjawat awam, didakwa menerima barang berharga dengan nilai keseluruhan kira-kira SGD$18,956.94 (RM66,607) daripada seorang Lum Kok Seng.
Iswaran didakwa mengenalinya sebagai terbabit dalam perniagaan yang mempunyai kaitan dengan fungsi rasminya sebagai Menteri Pengangkutan.
Kesalahan yang didakwa itu dilakukan antara November 2021 dan November 2022.
Mengikut kertas pertuduhan, barangan itu termasuk botol wiski, kayu golf dan sebuah basikal Brompton yang berharga SGD$7,907.50 (RM27,784).
Urus niaga perniagaan itu melibatkan kontrak antara syarikat Lum Chang Building Contractors (Lum Chang) dan Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA), untuk kerja-kerja penambahan dan pengubahsuaian Stesen Tanah Merah dan jejambat sedia ada.
Menurut laman sesawang Lum Chang, sebuah firma pengurusan hartanah, reka bentuk dalaman dan pembinaan, Lum Kok Seng disenaraikan sebagai pengarah urusannya.
Cabang pembinaan firma itu, Lum Chang Building Contractors, telah memperoleh projek sivil, bangunan dan infrastruktur berbilion dolar di Singapura termasuk menjadi kontraktor utama stesen Bukit Panjang di sepanjang Laluan Downtown.
Ketua Pendakwa raya, Tan Kiat Pheng memberitahu mahkamah bahawa tujuan perbicaraan hari ini adalah untuk mengemukakan lapan pertuduhan tambahan terhadap Iswaran dan menghantar pertuduhan baharu itu kepada Mahkamah Tinggi.
Beliau berkata, semua pertuduhan yang dikemukakan terhadap Iswaran adalah berdasarkan bukti yang didedahkan oleh CPIB dan ia sudah disemak oleh Jabatan Peguam Negara.
Iswaran, 61, didakwa di Mahkamah Negeri pada 18 Januari lalu dan kesnya kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Perbicaraan ditetapkan pada 2 April untuk pihak pendakwaan dan pembelaan bertukar maklumat menjelang perbicaraan.
Mereka yang mempunyai kes sedang berjalan di Mahkamah Tinggi perlu kembali ke Mahkamah Negeri jika pertuduhan tambahan difailkan terhadap mereka.
Iswaran pada mulanya menghadapi 27 pertuduhan, termasuk dua berkaitan rasuah.
Tuduhan rasuah itu berkaitan dengan dakwaan rasuah yang diperoleh daripada jutawan Ong Beng Seng sebagai dorongan untuk memajukan kepentingan perniagaan hartawan hotel dan hartanah itu berhubung perjanjian antara promoter perlumbaan Singapura GP dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).
Bagi setiap pertuduhan rasuah, Iswaran boleh didenda sehingga SGD$100,000 (RM351,403), penjara sehingga tujuh tahun, atau kedua-duanya sekali.
Iswaran pada mulanya menghadapi 24 pertuduhan mengikut Seksyen 165. Dia adalah orang pertama dilaporkan didakwa di bawah seksyen itu.
Caj ini adalah kerana sebagai menteri, dia didakwa mendapatkan barangan dengan jumlah nilai lebih daripada SGD$200,000 (RM702,244) daripada Beng Seng antara November 2015 dan Disember 2021.
Ia termasuk tiket ke Grand Prix Singapura, perlawanan bola sepak dan muzikal di Britain.
Iswaran juga menghadapi pertuduhan menghalang proses keadilan kerana didakwa membuat bayaran balik sebanyak SGD$5,700 (RM20,000) pada Mei 2023 untuk kos tiket penerbangan kelas perniagaan yang kononnya diambil pada 2022 daripada Beng Seng.
Dia boleh didenda, dipenjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, kerana memperoleh barangan berharga daripada seseorang yang berurusan dengannya sebagai penjawat awam.
Sekiranya didapati bersalah menghalang perjalanan kes, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya sekali. - AGENSI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu 12 kes lg nk sama rekod wak |
|
|
|
|
|
|
|
Biar betul. Non malay non moslem pun rasuah? |
|
|
|
|
|
|
|
berita yg jarang didengari dari sana...berbanding dari sini, but still boleh lepas bebas ke hulu ke hilir. |
|
|
|
|
|
|
|
Hadiah botol wiski? Mahal ke botol wiski tu? |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Baru 35 pertuduhan, apa barang seh |
|
|
|
|
|
|
|
ingat melayu je makan rasuah
bkn melayu pun
|
|
|
|
|
|
|
|
Itulah kau Iswaran. Tak beringat. |
|
|
|
|
|
|
|
Gilerr. Tipu suma nih. Mana ada warga SG amik korupsi, depa sesuci embun hokkay, sama macam bff depa si Yisrael. |
|
|
|
|
|
|
| |
|