CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3068|Reply: 0

[Kedah] JAS Kedah larang pembakaran terbuka

[Copy link]
Post time 25-3-2024 02:00 PM | Show all posts |Read mode
JAS Kedah larang pembakaran terbuka

OlehNURUL HIDAYAH HAMID

25 Mac 2024 01:27pm








Kakitangan JAS melakukan pemantauan aktiviti pembakaran terbuka di negeri ini. Kakitangan JAS memasang kain rentang melarang pembakaran terbuka di Kedah.




ALOR SETAR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah melarang orang ramai melakukan pembakaran terbuka terutamanya ketika musim cuaca panas dan kering di negeri ini.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pihaknya giat melakukan pemantauan melalui rondaan dari masa ke masa bagi mengekang aktiviti pembakaran terbuka.



Menurutnya, slain itu, JAS Kedah turut mengedarkan risalah mengenai larangan melakukan pembakaran terbuka kepada penduduk setempat.

"Pihak yang menyebabkan pembakaran terbuka boleh disabitkan hukuman mengikut Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan denda maksimum RM 500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.



"Selain itu, kompaun sebanyak RM 2,000 juga boleh dikenakan bagi setiap kesalahan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau menambah, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa)(Penyiasatan Pembakaran Terbuka) 2000 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 juga telah memperuntukkan perwakilan kuasa JAS kepada agensi-agensi, pihak kerajaan tempatan bagi menjalankan siasatan pembakaran terbuka

"Arahan pelaksanaan dikeluarkan Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berhubung penguatkuasaan bagi kes pembakaran terbuka di kawasan kejiranan, sampah-sarap dan pembinaan boleh juga diambil di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171),"katanya.

Menurut beliau, pembakaran jerami pula dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Diisytiharkan) (Pembakaran Terbuka) 2003, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.


"Jadi, pemilik sawah perlu mematuhi syarat-syarat yang digariskan dalam peraturan di atas setiap kali melakukan pembakaran jerami padi termasuklah pembakaran jerami kering dilakukan antara jam 1 petang dan 5 petang.

"Antara lain, pembakaran jerami padi dalam skala minima perlu dikawal supaya tidak menganggu penduduk sekitar dan tidak menganggu pengguna jalan raya,"katanya.




Beliau berkata, penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi masalah pembakaran jerami untuk tempoh jangka panjang perlu diambil seperti memproses jerami sebagai baja, atau makanan haiwan.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan, JAS Kedah menerima 117 aduan pembakaran terbuka bermula awal tahun sehingga 23 Mac lepas.

Katanya, kebanyakan aduan lebih menjurus kepada aktiviti pembakaran terbuka di kawasan kediaman seperti di taman-taman perumahan, kampung-kampung serta kawasan komersil.

Beliau memberitahu, pihaknya komited untuk menangani isu pencemaran alam sekitar dan mengalu-alukan orang awam untuk melaporkan aktiviti pencemaran alam sekitar.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.143883 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list