CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4004|Reply: 7

[Tempatan] Pengurus syarikat didenda RM6,000 jilid al-Quran di kilang bukan Islam

[Copy link]
Post time 25-3-2024 01:56 PM | Show all posts |Read mode
Pengurus syarikat didenda RM6,000 jilid al-Quran di kilang bukan Islam

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... kilang-bukan-islam/

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
25 Mac 2024, 12:26 pm


Idora ketika hadir di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Foto oleh Shidiqqim Zon/Kosmo!

PETALING JAYA – Akibat membenarkan sebanyak 2,540 naskah al-Quran dijilidkan oleh kilang milik bukan Islam, seorang pengurus sebuah syarikat percetakan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nur Nastasha Mohtarudin mengenakan hukuman denda itu selepas Idora Abdul Rashid, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya OKS gagal membayar jumlah denda, wanita itu boleh dipenjara enam bulan dan OKS membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Idora didapati tidak mematuhi syarat lesen yang dikeluarkan oleh Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran (LPPPQ) Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu dengan membenarkan naskah kitab suci itu dijilidkan oleh sebuah kilang milik bukan Islam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kilang, Taman Perindustrian Bukit Serdang di sini pukul 3 petang pada 5 September 2023.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut 5(7) Akta Percetakan Teks al-Quran 1986 dan boleh dihukum dibawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Mohd. Amin Azhar Qairil Yusoff dari KDN Selangor memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap OKS.

Bagaimanapun OKS yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan selain merupakan kesalahan pertama pada pertuduhan hari ini.

Mengikut fakta kes, pada 5 September tahun lalu, pihak berkuasa telah membuat rampasan melibatkan 2,540 naskah al-Quran kerana didapati pencetakannya tidak mematuhi syarat lesen.

Ia yang mana syarat lesen itu dikeluarkan LPPPQ KDN iaitu dengan membenarkan naskah kitab itu dijilidkan oleh syarikat milik bukan Islam. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 04:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Boikot ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Cetak dekat stoking salah, cetak dekat buku salah, apa lagi Melayu mahu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdullillah, Malaysia menjaga kesucian Al-Quran sehingga nak mencetak pon ada akta nya. Bukan simply2 print dimana2 kilang. Sangat penting akta ni. Penting menjaga kesucian Al-Quran contoh dr segi handling printing process nya. Kalau ada kertas yg salah print, mcm mana nak uruskan, Ketepatan pencetakan Al Quran dan lain2 lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 26-3-2024 05:53 AM
Alhamdullillah, Malaysia menjaga kesucian Al-Quran sehingga nak mencetak pon ada akta nya. Bukan sim ...

Sedihnyer, org Islam sendiri tak bertanggungjawab. Fikir nak untung jer.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 08:10 AM | Show all posts
sia-sia ada rekod jenayah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2024 08:22 AM | Show all posts
hanya monyet je suka islam ni dipermain2kan
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 08:37 AM | Show all posts
sedangkan cetakan al quran pun dijaga setara itu,
sebab itu ada yg memilih nak makan kat kedai yg islamik
benda jadi darah daging
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.056798 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list