CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3920|Reply: 0

Gomez kecewa Brazil lebih kasar

[Copy link]
Post time 25-3-2024 01:10 PM | Show all posts |Read mode

Pemain England, Joe Gomez (kanan) beraksi ketika perlawanan persahabatan menentang Brazil di Wembley, London. - Foto AGENSI

LONDON: Joe Gomez menyelar tahap disiplin pemain-pemain Brazil ketika menewaskan England 1-0 dalam aksi persahabatan di Wembley, Sabtu lalu.

Squad kendalian Gareth Southgate tewas buat pertama kali sejak Piala Dunia 2022, selepas pemain 17 tahun Brazil, Endrick memecah kebuntuan pada minit ke-80.

Walaupun lebih menguasai permainan dan mencipta beberapa peluang, England gagal memburu gol penyamaan.

Ia adalah kemenangan pertama Brazil - yang dibarisi pemain-pemain muda - di bawah bimbingan pengendali baharu, Dorival Junior.


Dalam pertembungan itu, Brazil melakukan 19 kekasaran berbanding 11 oleh England, dan Lucas Paqueta terselamat daripada kad kuning kedua selepas beberapa kali melakukan terjahan lewat sepanjang babak pertama.

"Jumlah kekasaran mereka lebih tinggi berbanding kami. Ia membuktikan kedua-dua pasukan mahu menang dan tidak menganggapnya sebagai aksi persahabatan.

"Ia perlawanan penting buat kami menjelang kejohanan besar, dan Gareth (Southgate) mahu kami menanganinya dengan cara begitu.

"Kecewa kerana kami tidak menang. Pasukan bermain dengan baik dan menguasai permainan, tetapi lawan memanfaatkan peluang dengan lebih baik," kata Gomez. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -brazil-lebih-kasar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.795492 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list