Tangkap layar klip video yang memaparkan kejadian kemalangan terbabit.
JASIN – Suasana di lokasi kemalangan maut di hadapan sebuah kilang kaca dekat Jasin di sini pilu apabila waris mangsa dilihat meraung memarahi pemandu treler terlibat yang dipercayai ahli keluarganya sendiri.
Kejadian itu tular dalam satu klip video berdurasi 44 saat yang rakamkan orang ramai di lokasi, pagi tadi.
Dalam video tersebut seorang wanita dilihat meraung memberitahu mangsa adalah bapa kepada pemandu treler berkenaan.
“Macam mana Man, kau bawa lori macam mana Man?. Itu ayah kau lah Man, ayah kau,” raung wanita berkenaan.
Kosmo! sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut dan pengesahan daripada pihak polis.-KOSMO! ONLINE