CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2873|Reply: 0

[Selangor] 5 sahabat didakwa culik pengarah

[Copy link]
Post time 25-3-2024 12:59 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Kajang: Lima sahabat termasuk pasangan suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menculik pengarah syarikat logistik dan pembinaan bagi mendapatkan wang tebusan, Februari lalu.

Tertuduh ialah Ang Zi Teng, 24, Wong Chun Weng, 25, Ong Gim Yau, 28, dan pasangan suami isteri, Wong Shin Sean, 32 dan Goh Chia Ying, 33.

Kesemua tertuduh yang bekerja sendiri hanya mengangguk tanda faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa namun tiada pengakuan direkodkan dalam prosiding di hadapan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz kerana kes itu berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama menawan atau mengambil daripada kawalan atau jagaan orang lain dengan niat memperoleh wang tebusan sebagai syarat pembebasan mangsa lelaki berusia 37 tahun.


Kesalahan itu dilakukan di hadapan sebuah premis minuman di Dataran Jade, di sini pada 12.30 pagi, 17 Februari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 (Akta 365) dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 30 tahun sehingga maksimum 40 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhanim Abdul Halim manakala semua tertuduh diwakili peguam, K Mahendren, Eryanie Abdul Rahim dan P Prakasam.

Tiada jaminan dibenarkan kerana kes itu termasuk dalam pertuduhan yang tidak boleh diikat jamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Mei ini bagi pengurusan kes.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... akwa-culik-pengarah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.052710 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list