Diterbitkan: Mar 25, 2024 11:49 AM
Dikemaskini: 11:56 AM
Majlis Bandar Raya Melaka Bersejarah (MBMB) menurunkan kain rentang “jualan rahmah” sebuah cawangan KK Mart negeri itu.
Tindakan itu diambil susulan aduan Ketu Pemuda Umno Akmal Saleh yang mendakwa ia dinaikkan tanpa permit dan tidak mendapat kebenaran menggunakan gambar Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
“Kita minta dia naik banner (kain rentang) minta maaf.
“Tapi banner lain dia naikkan,” kata Akmal yang lantang mengkritik jualan stoking bertulis kalimah Allah di KK Mart di Petaling Jaya, Selangor.
“Maka kita minta PBT jalankan penguatkuasaan mengikut undang-undang yang sedia ada.”
Akmal Saleh
Akmal yang juga exco Melaka adalah pemimpin politik paling lantang mengecam jualan stoking itu.
KK Mart telah memohon maaf dan menarik balik jualan stoking yang diimport dari China itu.
Perkara itu bagaimanapun belum memuaskan hati Akmal yang mahu kedai serbaneka itu menaikkan kain rentang mohon maaf di semua cawangan KK Mart di seluruh Malaysia.
Polis telah melengkapkan siasatan berhubung kes itu dan mencadangkan KK Mart dan syarikat pembekal, Xin Jiang Chang Sdn Bhd dihadapkan dengan pertuduhan jenayah di mahkamah.
Keputusan akan dibuat oleh Pejabat Peguam Negara (AGC).
Sementara itu, menulis di media sosial, Akmal berkata mereka akan tetap memboikot KK Mart.
“Buatlah jualan apa sekalipun,j uallah barang murah mcm mana sekalipun, kami tetap dengan pendirian kami dengan kekal #boikotKKmart.
“Kami ada maruah yang bukan boleh dibeli,” tulisnya.
Post time 25-3-2024 01:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
I biasa apply permohonan kain rentang ke pbt..dekat wall company luar mmg kena..kalau dlm x perlu pun..sebab dlm kawasan perniagaan sendiri...tak tahula kes kk mart ni pulak
Post time 25-3-2024 02:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ctaz replied at 25-3-2024 02:22 PM
kaki 5 tak termasuk dlm permis perniagaan
Ya...dia letak kat kaki 5...bukan dlm kedai...biasanya staff yg bahagian promotion patut tahu dari awal kena ada kelulusan..aku kenal je staff melayu kk mart HQ bahagian promotion ni...harap dah dpt kelulusanlah..
rahmah ke KK mart ni..harga mahal namati ..lebih 30% dari kedai biasa..dah la kedai kusam kelam, org asing yg jaga..mmg dah lama aku x hingin nk masuk KK mart nih
Post time 26-3-2024 01:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
damsel_fiji replied at 26-3-2024 12:53 PM
rahmah ke KK mart ni..harga mahal namati ..lebih 30% dari kedai biasa..dah la kedai kusam kelam, org ...
i selalu tertukar kk mart dgn speedmart. ramai ckp speedmart murah i pun masuk la (kk mart) skali mahal.pelik jugak apa yg murah. rupanya iols yg silap masuk
skrg kalau stakat nak beli topup brg2 dapur sikit masuk speedmart je sbb hrga sama mcm kat mydin&tesco kdg2 ada lg murah.
Post time 26-3-2024 02:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dekmieDandy replied at 26-3-2024 02:41 PM
kk mart ni bukan franchaise ke? dia bukan macam speedmart rasanya yang ada satu owner je
Bukan....kk mart sekarang ada 800+ outlets..everyweek every month ada je new opening...semua tu dipunyai oleh satu2 owner dan dicontrol oleh HQ kat menara kk mart tu