CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 5141|Reply: 0

Rifdean idam kontrak RM473,000

[Copy link]
Post time 25-3-2024 11:42 AM | Show all posts |Read mode

Rifdean melepaskan tumbukan ke muka Pichai Lookbanmai pada pertarungan ONE Friday Fights 56 Jumaat lalu.

BANGKOK: Selepas penampilan menakjubkan di ONE Championship pada Jumaat lepas, jaguh Muay Thai negara Mohammad Rifdean Masdor menyasarkan untuk mendapatkan kontrak berprestij kejohanan itu bernilai AS$100,000 (RM473,000) dan tali pinggang kejuaraan.

Atlet berusia 21 tahun dari Sarawak itu hanya memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan Technical Knockout (TKO) dalam pertarungan ONE Friday Fights 56 di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok, Thailand.

Atlet Malaysia yang mewakili Sor Sommai berpangkalan di Bangkok itu turut membawa pulang bonus 350,000 (RM45,600).

"Saya sangat gembira dengan penampilan sulung di ONE Championship. Saya berasa lega. Kemenangan ini pasti akan meningkatkan keyakinan saya dalam pertarungan akan datang," katanya.


Rifdean yang dinobatkan juara dunia dalam kategori bawah 23 tahun sebanyak tiga kali itu menetapkan matlamat untuk mendapatkan kontrak ONE Championsip bernilai AS$100,000 pada tahun ini.

Sementara itu, Mohammad Rifdean berkata beliau menggandakan latihan selama dua bulan di Sor Sommai sebelum penampilan sulungnya itu.

"Saya telah lakukan yang terbaik dan mengikuti rancangan permainan oleh jurulatih Bernard Radin dan menang," katanya.

Sementara itu jurulatihnya Bernard Radin berkata Mohammad Rifdean telah mempamerkan kemahiran dan keazaman tinggi dalam penampilan sulungnya dengan memenuhi pelan permainan mereka untuk kemenangan TKO pada pusingan pertama.

"Saya yakin Rifdean boleh dapat bukan sahaja kontrak ONE Championship tapi juga tali pinggang ONE Championship... saya yakin tidak lama lagi," katanya.

Bernard berkata anak didiknya itu perlu memperoleh tiga kemenangan berturut-turut dalam ONE Championship bagi membolehkannya mendapatkan kontrak itu.

Ditanya mengenai kelewatan penyertaan Mohamad Rifdean dalam ONE Championship, Bernard berkata "Kami telah melakukan yang terbaik, bagaimanapun tiada rezeki."

"Tapi kini, kami di sini untuk berjuang. Adalah impian Rifdean untuk memulakan ini. Saya beritahu Rifdean inilah saatnya yang kita tunggu. Tunjukkan kepada dunia siapa kamu," katanya. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan ... am-kontrak-rm473000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 5566 Replies : 3459
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 191804 Replies : 3947
Hanya Rindu:Meninggalkan bungkusan plastik berisi pakaian, telefon bimbit dan motosikal Yamaha Y16 di tepi tembok jambatan,Mayat lelaki terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang ditemui.Al Fatihah
YgBenarHanya Rindu:Meninggalkan bungkusan plast
Views : 17853 Replies : 2
Kelantan sebenarnya duduk atas jalur emas paling kaya di Malaysia
YgBenarKelantan sebenarnya duduk atas jalur ema
Views : 772 Replies : 23
Malaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Buah Nasional, tapi Menteri Indonesia Dakwa Mereka Lebih Layak
AbahmungMalaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Bua
Views : 17890 Replies : 14
Pemandu wanita selamat, kereta dihempap runtuhan binaan .
noor2Pemandu wanita selamat, kereta dihempap
Views : 14930 Replies : 2
'Saiz ular sawa itu besar seperti anaconda' - APM
B40tastePosh'Saiz ular sawa itu besar seperti an
Views : 17851 Replies : 7
Ayam : Sila Pilih Jawapan.....
telracsAyam : Sila Pilih Jawapan.....
Views : 14181 Replies : 96
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 86637 Replies : 362
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 38674 Replies : 667

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2025 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.032675 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list